BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guru Berketurunan Rungus Jadikan Jawi Jambatan Perpaduan Di Pedalaman Sabah

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Guru Berketurunan Rungus Jadikan Jawi Jambatan Perpaduan Di Pedalaman Sabah​

40bc87ffafb2293c0517ee58178187a16a7fd080b10fb


Dari sebuah bilik darjah di pedalaman Sabah, seorang guru berketurunan Rungus Lorenica Frenila Masundim, 36, membawa misi yang lebih besar daripada sekadar mengajar tulisan Jawi, apabila berusaha menjadikannya sebagai jambatan yang mendekatkan murid dan masyarakat merentasi perbezaan kaum, agama dan budaya.

Guru Sekolah Kebangsaan Bawang K9 di Beluran itu, melihat pembelajaran Jawi sebagai ruang untuk memperkenalkan warisan bahasa kebangsaan kepada murid, khususnya mereka yang pada awalnya menganggap tulisan Jawi asing dan hanya berkait dengan agama Islam.

Bagi Lorenica, pengalaman melihat murid bukan Islam yang pada mulanya langsung tidak mengenali huruf Jawi, sehingga mampu membaca dan memahami fungsinya sebagai salah satu sistem tulisan bahasa Melayu, memberi kepuasan tersendiri sebagai seorang pendidik.

“Ada murid yang sebelum ini mengatakan Jawi terlalu sukar, tetapi selepas mengikuti pembelajaran menggunakan teknik transliterasi melalui aplikasi yang saya hasilkan, mereka berjaya membaca dalam tempoh yang singkat. Mengubah kefahaman murid terhadap tulisan Jawi, memberi kepuasan yang sukar digambarkan sebagai seorang guru,” katanya kepada Bernama.

Latar belakangnya sebagai masyarakat Rungus dan beragama Kristian juga tidak pernah menjadi penghalang untuk Lorenica mendalami Jawi, malah tugas sebagai guru bahasa Melayu mendorong beliau memahami kedudukan tulisan itu sebagai sebahagian daripada bahasa kebangsaan.

“Seperti bahasa Melayu, juga saya tidak pernah melihat Jawi sebagai milik sesuatu kaum atau agama semata-mata. Sebaliknya, saya melihatnya sebagai khazanah negara yang wajar dipelajari dan dipelihara oleh seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Lorenica mula mengenali Jawi pada 2009 ketika mengikuti Kursus Pengenalan Asas Tulisan Jawi selama satu semester di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu.

Pengetahuan itu terus diperkukuh sehingga 15 tahun kemudian, apabila beliau berpeluang mengajar Jawi pada 2024, sebelum mengembangkan pendekatan pembelajaran berkenaan menerusi penyelidikan pada peringkat Doktor Falsafah (PhD) di bawah tajaan Kementerian Pendidikan melalui Hadiah Latihan Persekutuan (HLPS).

 
Back
Top
Log in Register