BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sabah Southern MADANI Link Pastikan Pembangunan Sampai Ke Pedalaman - Anwar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,708
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,708
Reaction score
97
Points
80

Sabah Southern MADANI Link Pastikan Pembangunan Sampai Ke Pedalaman - Anwar​

daa22cc55e496ec2e0a9f04b4feec25f6a2cf58029af6

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) melancarkan Projek Sabah Southern MADANI Link di Kompleks Persatuan Kebudayaan Lundayeh Sabah hari ini. Turut sama, Ketua menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor (tiga, kiri).

Pelaksanaan projek grid tenaga elektrik Sabah Southern MADANI Link (SSML) membuktikan komitmen kerajaan Persekutuan dalam memastikan agenda pembangunan dan kemudahan asas dapat dinikmati rakyat di kawasan pedalaman Sabah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata projek itu selaras dengan dasar Malaysia MADANI yang menekankan pembangunan adil dan saksama, tanpa memfokuskan kemajuan hanya di kawasan bandar utama.

Beliau berkata pembangunan sebenar tidak akan memberi kesan menyeluruh sekiranya kemudahan asas masih gagal sampai ke kawasan terpencil, khususnya di pedalaman Sabah.

"Sebab itu saya terkesan dan mahu memastikan pembangunan itu merata di seluruh pelusuk negeri termasuk di kawasan pedalaman, (ini) yang membezakan pendekatan kita dengan setengah negara luar iaitu pembangunan hanya tertumpu di kota besar sahaja," katanya ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah projek SSML di sini.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud.

SSML melibatkan jajaran talian transmisi elektrik 275 kilovolt (kV) yang menghubungkan Pantai Barat dan Timur Sabah sekali gus berperanan penting memperkukuh grid bekalan tenaga elektrik serta mengimbangi agihan tenaga di negeri itu.

Projek yang bermula 17 Sept tahun lepas itu dijadual siap pada 16 Sept 2028 dengan kos RM198 juta, manakala kemajuan semasa projek setakat 26 Mei lepas adalah pada tahap 17 peratus.

Anwar berkata projek grid tenaga berkenaan mempunyai signifikan besar kerana memerlukan pengorbanan serta usaha gigih pekerja di lapangan yang menembusi kawasan hutan belantara di selatan Sabah bagi membangunkan rangkaian bekalan elektrik untuk rakyat.

"Saya terharu dan gembira kerana boleh lihat pencawang (talian) itu merentas belantara. Bayangkan yang kerja dia masuk hutan tinggal keluarga hanya untuk bangunkan bekalan elektrik bagi rakyat Sabah. Jadi kawan-kawan, saya ucap terima kasih penuh penghargaan dengan pengorbanan ini,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register