BTC USD 62,941.6 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guru Agama Dipecat di Kelantan

faeyzul

Super Active Member
gem
Messages
5,201
Joined
Feb 2, 2010
Messages
5,201
Reaction score
794
Points
121
Kelantan timbang ambil guru agama dipecat

AHMAD_YAKOB_TADARUS_PERDANA_LUNDANG_55414269_cropped_1527494608.jpg


KERAJAAN Negeri Kelantan akan mempertimbangkan untuk mengambil semula guru agama dan penggerak masyarakat di seluruh negeri itu yang ditamatkan perkhidmatan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sejak dua minggu lalu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, sebagai kerajaan pihaknya akan melihat dan meneliti penamatan khidmat mereka.

“Mereka orang yang berilmu dalam mengajar agama, jadi kita akan melihat kembali.

“Insya-Allah kita juga akan mempertimbangkan untuk mengambil semula mereka untuk berkhidmat kerana mereka berkelayakan,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran Teks Tadarus al-Quran dan Tadarus Perdana di Balai Islam, di Kota Bharu, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar pada Rabu lalu berhubung penamatan perkhidmatan 3,075 penggerak masyarakat dan guru agama di seluruh negeri.

Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kumpulan itu adalah guru yang mengajar al-Quran di kampung.

Ahmad yakin kerajaan PH akan mengkaji semula penamatan guru agama dan penggerak masyarakat itu.

“Tindakan itu hanya pada gerakan pertama dan mungkin gerakan kedua mereka akan diambil semula.

“Pemerintahan bertukar dan mereka tidak akan diabaikan kerana mereka orang berilmu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Mei 2018 @ 4:03 PM

SUMBER

Whats_App_Image_2018-05-30_at_2.31.45_PM.jpg
 
Last edited:
kita tak tahu asbabnya... kita lihatlah dasarnya nanti.... guru agama kena pecat kot kot derang ni mostly pangkah pas ;)..
 
ni guru kafa rasanya.. under JPP. nak jadi guru kafa, mesti orang umno. pangkah pas atau ade kaitan dengan pas. akan dibuang semasa pemerintah umno

kita tak tahu asbabnya... kita lihatlah dasarnya nanti.... guru agama kena pecat kot kot derang ni mostly pangkah pas ;)..
 
apo cito ni? elok diserapkan balik guru2 agama ni sbb penting dlm pendidikan ugama anak2 kito

dan elok naikkan gaji deme 4x ganda

lupokan politik lah dlm hal2 pendidikan ni
 
gaji 400 bukanlah kerja tetap rasanya tu. Mungkin duit part time.

Saham akhirat tu jika terus mengajar.. jangan terlalu dikejar dunia
 
gaji 400 bukanlah kerja tetap rasanya tu. Mungkin duit part time.

Saham akhirat tu jika terus mengajar.. jangan terlalu dikejar dunia

Saham akhirat insyaAllah tetap akan dapat..tapi kita kena fikir juga bila berada dalam situasi guru-guru agama ni.. nk bergerak ke kelas-kelas samaada naik motor atau kereta tetap perlukan petrol dan di rumah ada ahli keluarga yang perlu disara..
kalau bayar utk worldcup benda2 lagho ni boleh pulak..
 
Back
Top
Log in Register