BTC USD 63,377.6 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guru Agama Dipecat di Kelantan

Saham akhirat insyaAllah tetap akan dapat..tapi kita kena fikir juga bila berada dalam situasi guru-guru agama ni.. nk bergerak ke kelas-kelas samaada naik motor atau kereta tetap perlukan petrol dan di rumah ada ahli keluarga yang perlu disara..
kalau bayar utk worldcup benda2 lagho ni boleh pulak..

guru agama ada bajet dia, benda lain pun ada bajet dia. takkan semua nak perabis ke 1 tempat. jgn sebab sebut guru agama jer, terus takleh nak berfikir.

p/s: tuan ni tergolong dlm senarai ke?
 
lepas ni akan wujud mubligh2 bergaji kera-jaan P.haprak
 
kita tak tahu asbabnya... kita lihatlah dasarnya nanti.... guru agama kena pecat kot kot derang ni mostly pangkah pas ;)..

sepatutnya semua bantuan atau pekerjaan yg diberi oleh kerajaan tidak melihat kepada ideologi politik tetapi perlu melihat berdasarkan kepakaran...
 
Saham akhirat insyaAllah tetap akan dapat..tapi kita kena fikir juga bila berada dalam situasi guru-guru agama ni.. nk bergerak ke kelas-kelas samaada naik motor atau kereta tetap perlukan petrol dan di rumah ada ahli keluarga yang perlu disara..
kalau bayar utk worldcup benda2 lagho ni boleh pulak..

Duit untuk saraan guru-guru agama, lebih baik diambil daripada Baitulmal. Kalau ambil daripada duit cukai rakyat pelbagai lapisan, nanti orang belum islam akan mempertikaikan.
 
Kelantan timbang ambil guru agama dipecat

AHMAD_YAKOB_TADARUS_PERDANA_LUNDANG_55414269_cropped_1527494608.jpg


KERAJAAN Negeri Kelantan akan mempertimbangkan untuk mengambil semula guru agama dan penggerak masyarakat di seluruh negeri itu yang ditamatkan perkhidmatan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sejak dua minggu lalu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, sebagai kerajaan pihaknya akan melihat dan meneliti penamatan khidmat mereka.

“Mereka orang yang berilmu dalam mengajar agama, jadi kita akan melihat kembali.

“Insya-Allah kita juga akan mempertimbangkan untuk mengambil semula mereka untuk berkhidmat kerana mereka berkelayakan,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran Teks Tadarus al-Quran dan Tadarus Perdana di Balai Islam, di Kota Bharu, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar pada Rabu lalu berhubung penamatan perkhidmatan 3,075 penggerak masyarakat dan guru agama di seluruh negeri.

Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kumpulan itu adalah guru yang mengajar al-Quran di kampung.

Ahmad yakin kerajaan PH akan mengkaji semula penamatan guru agama dan penggerak masyarakat itu.

“Tindakan itu hanya pada gerakan pertama dan mungkin gerakan kedua mereka akan diambil semula.

“Pemerintahan bertukar dan mereka tidak akan diabaikan kerana mereka orang berilmu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Mei 2018 @ 4:03 PM

SUMBER

Whats_App_Image_2018-05-30_at_2.31.45_PM.jpg


Biar betul Ustaz kena pecat?

Harap akan ada detail ceritanya
 
guru agama ada bajet dia, benda lain pun ada bajet dia. takkan semua nak perabis ke 1 tempat. jgn sebab sebut guru agama jer, terus takleh nak berfikir.

p/s: tuan ni tergolong dlm senarai ke?

memang betul semua ada bajet masing2..tapi dari sumber kantung yang sama..kalau kata nk jimat, kenapa boleh keluar belanja ke arah benda2 yang tidak perlu..perkara yang ada manfaat kepada anak2 terus dipotong keseluruhannya..
kalau saya tak boleh berfikir, takde la saya kemukakan pendapat saya ni.. walaupun tak semestinya pendapat saya betul..
walaupun saya tak tergolong dalam senarai yang tuan maksudkan tu, tak salah jika saya nk tekankan di sini tentang pentingnya pengajaran ilmu fardhu ain ini diteruskan..
 
Kerajaan Kelantan ambil aje lah...
Harap gaji guru-guru YIK tak tertangguh bayar
 
tahniah sekali lagi buat pemangkah PH, satu lagi point anda telah berjaya menjahanamkan islam..

kejap lagi mesti ada yg spin kata guru tak bertauliah la, guru tua la, guru ajar tak best la, dan mcm2 lagi alasan mengarut..

tahniah!!
tahniah!!
 
lepas ni akan wujud mubligh2 bergaji kera-jaan P.haprak

itu comminggg ssooonnn...

tunggu. aku rasa akan wujud juga elaun2 dan peruntukan utk agama2 kafir lain, serta badan2 seperti Pusat Islam utk mereka..

tunggguuuu!
 
Back
Top
Log in Register