BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guna terung lepas geram

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Seorang suami yang lemah tenaga batin didakwa menggunakan terung dan timun ketika melakukan hubungan seks dengan isterinya.

Akibat tidak tahan dengan perbuatan suaminya, wanita terbabit yang berusia 30-an membuat laporan polis Jumaat lalu sebelum menuntut fasakh di mahkamah syariah kerana tidak tahan dengan penderitaan dialaminya.

Difahamkan, suami mangsa terbabit dalam kemalangan menyebabkan dia hilang upaya untuk melakukan hubungan seks seperti lelaki normal.

Sumber polis berkata, mangsa yang tinggal di Jalan Cheras, Kajang, mendakwa suaminya yang berusia 40-an memasukkan timun dan terung secara paksa lebih daripada tujuh kali sejak enam tahun lalu.

“Mangsa yang mengalami penderaan fizikal dan mental akibat perbuatan terbabit pernah merayu kepada suaminya supaya berhenti melakukan perbuatan tidak senonoh itu.

“Dia mendakwa bimbang terhadap kesihatannya selain sering terasa sakit dan tidak selesa kesan daripada hubungan seks menggunakan timun dan terung,” katanya.

Difahamkan, suami mangsa turut gemar melakukan seks ganas bagi mendapatkan kepuasan ketika berasmara termasuk menggunakan jari hingga menyebabkan alat kelamin si isteri mengalami pendarahan.

Mangsa khuatir dijangkiti penyakit yang boleh membahayakan kesihatannya jika hubungan kelamin secara songsang itu berterusan.

Menurut sumber itu, mulanya mangsa berdiam diri dengan memberi peluang suaminya berubah dan meninggalkan perbuatan itu.

“Bagaimanapun, pasangan terbabit yang mempunyai beberapa anak terus dihambat dengan masalah itu menyebabkan mangsa mengalami tekanan perasaan.

“Si suami dipercayai gemar menonton video lucah dan mendapat idea menggunakan timun dan terung melalui adegan yang ditontonnya,” katanya.

Susulan laporan itu, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun.

Kes berkenaan mirip kes seorang lelaki berusia 56 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Kuantan, yang didakwa melakukan seks ganas ke atas isterinya yang berusia 38 tahun Ogos lalu.

Tertuduh didakwa memasukkan objek seperti cota, timun dan kayu untuk mendapat kepuasan seks.
 
Tak salah jika pasangan rela

KUALA LUMPUR: Individu atau lelaki yang gemar menggunakan objek untuk mendera pasangan seks mereka dianggap mempunyai masalah psikologi serius berikutan golongan itu tidak ragu-ragu mencederakan pasangan bagi memperoleh kepuasan hubungan kelamin.

Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby (gambar), berkata perbuatan dipanggil sadisme ini semakin kerap dilaporkan kepada pihaknya sejak kebelakangan ini dengan golongan wanita adalah mangsa utama.

Menurutnya, lelaki yang menggunakan objek sama ada pisang, timun, terung, kayu atau apa saja objek menyamai kemaluan lelaki dikesan menggunakan alat itu untuk menambah keseronokan dan memuaskan nafsu ketika melakukan hubungan seks.

“Ia tidak menjadi satu kesalahan jika perbuatan (menggunakan objek) itu diminta atau direlakan isteri, namun jika dilakukan secara paksa hingga menimbulkan rasa sakit, maka isteri perlu menghalangnya.

“Berdasarkan pengalaman, ada segelintir lelaki hanya akan puas apabila menyeksa atau mendengar jeritan isterinya yang kesakitan ketika melakukan hubungan seks. Cara mendapatkan keseronokan ini pastinya menyakitkan kepada wanita,” katanya.

Menurutnya, dalam beberapa kes ada suami yang akan terlebih dulu mengikat isterinya seumpama haiwan sebelum hubungan seks dilakukan termasuk meliwat pasangan.

“Walaupun hubungan kelamin soal peribadi rumah tangga pasangan yang berkahwin, namun ia seharusnya dilakukan dengan cara lemah lembut dan teratur mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

“Malah, penggunaan objek keras seumpama itu boleh menyebabkan luka dan pendarahan dalaman di bahagian sulit mangsa hingga turut boleh membawa kepada jangkitan kuman,” katanya.

Menurutnya, perbuatan terbabit yang jelas satu penganiayaan perlu dihentikan dan wanita perlu berani mempertahankan hak dirinya dari terus didera.

Ditanya sama ada, perbuatan sadis terbabit berpunca masalah praejakulasi atau saiz zakar yang kecil, Dr Ismail menjelaskan, rata-rata wanita lebih mementingkan belaian serta sentuhan intim daripada pasangan.
 
aku suka masakan terung tumis belacan.....:D:D
 
lepas dimasukkan agaknya,terus dibuat masak kot?:-&:-&:-&:-&...
pastu jadilah mcm ni8-}8-}
 
lepas ni masukkan kayu besbol pulak :))
 
sewel la laki ni:mad:
spesis mangkuk
 
apasal tak masukkan penyembur nyamuk tu kan ke lagi beso miahahahah :)):eek:
 
ape yg puas pakai barang ??
x faham aku ..
ekekeke
 
Back
Top
Log in Register