BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gudang terbakar dua kali

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,239
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,239
Reaction score
1,659
Points
201
API merebak semula dalam kawasan gudang yang menempatkan bahan memproses minuman di Jalan Wang Tepus, namun berjaya dipadam anggota bomba. FOTO ihsan bomba


Jitra: Sebuah gudang menempatkan bahan memproses minuman di sebuah kilang di Jalan Wang Tepus, di sini, terbakar malam tadi, selepas kejadian sama berlaku pada tengah hari.

Bagaimanapun, tindakan pantas anggota bomba berjaya mengawal keadaan dan memadam kebakaran itu daripada terus merebak.
Gudang itu terbakar jam 12 tengah hari semalam membabitkan kemusnahan hampir 70 peratus.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, gudang itu terbakar sekali lagi malam tadi namun api berjaya dipadam anggotanya di tempat kejadian.

Beliau berkata, seramai 24 anggota bomba dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dibahagikan kepada empat sektor melakukan pemadaman terus ke punca api dan sisa-sisa api.

"Kerja pemantauan masih dilakukan di lokasi pagi ini berikutan terdapat api dan asap.

"Namun punca dan kerugian masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian tengah hari semalam, 800 pekerja kilang berjaya menyelamatkan diri apabila gudang memproses minuman itu terbakar.

Api merebak dengan cepat berikutan keadaan cuaca panas selain angin kencang menyebabkan bahagian gudang itu terbakar 70 peratus.

Operasi membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra dan dibantu pasukan dari BBP Alor Setar dan Jalan Raja serta sembilan pasukan bomba PBS.


== hmetro
 
Back
Top
Log in Register