BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Debate GST Cara Cukai Terbaik

Print_Screen

Super Active Member
Messages
5,921
Joined
Nov 13, 2010
Messages
5,921
Reaction score
231
Points
73
Ada pro & cons untuk GST ni

Saya sokong GST ini sebab

-SEMUA ORANG BAYAR- Bangla, Nepal, Indon, expat, semuaaa. So kira nak duduk malaysia? kena bayar.


TAPI- GST ini perlu disokong oleh pendekatan HOLISTIK

-jujur dalam menguruskan dana negara. Kalau xada songlap sana sini, maybe cukup dengan GST 2%.
- Good governance jangan korup. Setiap kontrak kerajaan 0.5 juta ke atas di published di dada akhbar (pembangkang pun xnak buat ni)

-untuk orang miskin, oku & sebagainya ya mereka juga bayar GST. Tapi pulangkan kembali dari segi bantuan yang boleh difikirkan.
-harga barang memang akan naik (walaupun xde gst). perlu fikir mekanisma untuk kawal harga.


so aku sokong gst. (aku vote pkr & pas pilihanraya lepas). :))
 
GST bagus pada aku
kalo cara pengambilan, cara penguatkuasaan dan cara bagaimane cukai GST dipakai
kalo kene 10% pun pada aku xde masalah as long as betul caranya

skrg dah la xde penguatkuasaan, senang cite 'SST' masih kene pada rakyat,
cara penguatkuasaan plak hancur, paling hancur cara penggunaannya
patut byk tol dikurangkan, bill air letrik boleh dikurangkan, subsidi ditambah
minyak turun, infra bertambah baik

ni idak masih meningkat semua, mcm GST tu tak digunakan dengan sepatutnya
 
Berapa percent sangat pendatang asing yg bayar gst..coz mereka masak sendiri..dan beli barang mentah yg takde gst..naik bas pon takde gst...yg terbeban dgn gst ni rakyat tempatan je..pada aku naikkan levi perkerja asing je lg banyak income dari kutip gst dari rakyat asing yg bekerja kat malaysia nii...
 
Cuba bayangkan dengan GST ni setengah bisnes margin lagi kecil daripada cukai GST. Lagi2 jenis bisnes yang ambik komisen atas jualan. #:-S

Kalau margin besar tu takpe. Setiap tahun boleh gi haji.
 
aku sokong GST...dengan BERSYARAT :

Tidak ada korupsi oleh pemimpim (CONFIRM k?)

Tidak ada ketirisan dalam setiap sen GST yang di kutip dan di agihkan semula kepada rakyat...

(susah nak di nilai...sbb KASTAM pengutip utama GST perlu di audit nilai kutipan tersebut...dan tidak ada DOUBLE STANDARD....JERUNG lepas...ANak Bilis habis di kejarnya sampai ke Lubang CAcing ).....

( Kerajaan yang menguruskan DANA GST perlu di istihar setiap sen yang masuk perlu di keluarkan balik untuk kesejahteraan rakyat Malaysia khasnya...)

SEBENARNYA :

tak perlu GST pun...duit zakat melalui Baitulmal itu sendiri dah cukup...TETAPI dari semenjak merdeka sehingga sekarang..masih ramai rakyat MALAYSIA yang merempat....

Negara di limpah kan lagi dengan hasil bumi...tetapi ke mana semua HASIL BUMI ini....menteahkedarah oleh pemimpin yang RAKUS...


Tak kira pembangkang atau kerajaan sekarang..agak susah menjadi pemimpin yang mempunyai kuasa...

Hakikatnya buatlah apa pun...tetap sama saja..selagi yang di atas Pi Mai Pi Mai Tang TU jugak....
 
Turunkan kadar GST. Waktu mula-mula buat GST dulu buat percubaan dengan kadar peratusan cukai yg rendah dulu. Bila cukai rendah orang tak berkira sangat bape sen je. Ni buat first time terus letak 6%. Najib memang tak pandai ekonomi. Ada penasihat pun tak guna.
 
GST dah lama dilaksana...
akan tetapi byk peruntukan2 di tarik.@ dikurangkan..
kesian pekerja2 yg akan diberhentikan..sbb dana tahunan tak cukup nak bayaq gaji :-S
 
Gst nih Bagus Kalo kerejaan betul2 ambik kira sblm gst iaitu sst..

Macam topap..

Sblm ni sst dikenakan 6% juga..

Tapi dikutip Setiap hujung tahun..

Jadi kiranya Telco dah jual juta2 n dah nampak untung, nak bayar sst pon senang hati..

Tapi gst kerajaan Siap2 kutip cukai 6% dlm topap, tu yang jadi merapu Telco tu..

Xmerasa lagi untung dah Kena cukai..

Bagi Aku 6% tu terlalu tinggi diperingkat awal..

Aku rs utk kickstart gst, Malaysia paling tinggi..
 
PErlu balance dengan kenaikan gaji rakyat
 
gst menyebabkan harga barang naik

barang naik menyebabkan kuasa membeli berkurang

kuasa membeli berkurang menyebabkan kelembapan ekonomi negara

kesimpulannya, kerajaan yg kuat rasuah sekarang ni perlu ditukar..
 
Back
Top
Log in Register