Debate Sejarah Kegawatan Ekonomi Malaysia dan Perbincangan cara mengelak dari menjadi mangsa

CG Sponsors

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
28,266
Reaction score
893
Points
171
krisis 1970

Ekonomi Malaysia sejak tahun 1970, telah mengalami pasang surut beberapakali disebabkan oleh pelbagai faktor yang sebahagian besarnya berpuncadaripada faktor luaran memandangkan keterbukaan ekonomi Malaysia. Sejak1970, Malaysia pertama kali mengalami krisis ekonomi pada tahun 1973/74berikutan kenaikan harga minyak yang lebih dikenali sebagai kejutan minyakpertama akibat peperangan antara Mesir dan Israel. Berikutan itu, ekonominegara-negara perindustrian mengalami pengucupan yang turut memberikesan kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia yang hanya meningkat 0.8%pada 1975 iaitu paras terendah dalam tempoh 1970-1980.

krisis 1985

Pada tahun 1985, ekonomi Malaysia menguncup sebanyak 1% akibatkejatuhan harga komoditi seperti petroleum, kelapa sawit dan timah sertarentetan daripada kelembapan ekonomi dunia. Pengangguran meningkatdaripada 5.8% pada tahun 1984 kepada 8.5% pada tahun 1985. Hasilkerajaan merosot dengan ketara hingga tidak cukup untuk menampungperbelanjaan mengurus.

krisis 1997

Sehingga 1996, Asia menarik hampir setengah dari aliran modal negara membangun. Tetapi, Thailand, Indonesia dan Korea Selatan memiliki "current account deficit" dan pemulihan kecepatan pertukaran ditambat menggalakkan pinjaman luaran dan menyebabkan keketerbukaan yang berlebihan daripada risiko pertukaran mata wang asing dalam sektor kewangan dan perusahaan.

Pakar ekonomi telah berpendapat bahawa negara China pada ekonomi nyata sebagai faktor penyumbang krisis. China telah mula bersaing secara agresif dengan pengeksport Asia lainnya terutama pada 1990, setelah penerapan perubahan kepada berorientasikan eksport. Yang paling penting, mata wang Thailand dan Indonesia adalah berhubung erat dengan dolar, yang naik nilainya pada 1990 an. Mengakibatkan para pengimport Barat mencari pengeluar yang lebih murah dan menemukannya di China yang nilai mata wangnya rendah berbanding dolar.

Krisis Asia bermula pada pertengahan 1997 dan mempengaruhi mata wang, pasaran saham dan harga aset beberapa ekonomi Asia Tenggara. Bermula dengan kejadian di Amerika Selatan, pelabur Barat kehilangan kepercayaan terhadap keamanan di Asia Timur dan mulai menarik kembali wang pelaburan mereka.

Pada 1997, Malaysia memiliki defisit akaun mata wang melebihi 5 % KDNK. Pada bulan Julai, ringgit Malaysia diserang oleh penyangak mata wang. Malaysia menambat mata wangnya pada 17 Ogos 1997 selepas ringgit jatuh menjunam. Empat hari kemudian Standard and Poor's menurunkan rating hutang Malaysia. Seminggu kemudian, agensi rating tersebut menurunkan rating Maybank, bank terbesar Malaysia. Pada hari yang sama, Bursa Saham Kuala Lumpur jatuh 856 mata, titik terendahnya semenjak 1993. Pada 2 Oktober, ringgit jatuh lagi. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad telah memperkenalkan kawalan "modal".

Pada 1998, pengeluaran di berbagai sektor menurun iaitu sektor pembinaan menyusut sebanyak 23.5 %, pengeluaran menyusut 9 % dan pertanian 5.9 %. Keseluruhan GDP negara menurun sebanyak 6.2 % pada tahun 1998. Tetapi Malaysia merupakan negara terpantas pulih daripada krisis ini dengan menolak bantuan IMF.
krisis 2008

Ekonomi Malaysia kembali pulih pada tahun 2000 dengan peningkatanKDNK sebanyak 8.9%. Dalam tempoh 2001-2007, KDNK meningkat secarapurata sebanyak 4.9% setahun. Pada akhir 2008, momentum pertumbuhanekonomi mula perlahan dan meningkat hanya 0.1% dalam suku keempatterutamanya sektor pembuatan yang menguncup sebanyak 8.8% berikutankelembapan sektor luaran dan kejatuhan pelaburan swasta. Sentimenperniagaan merosot dengan ketara. Malaysia kembali ke fasa kemelesetandengan KDNK menguncup sebanyak 1.6% pada tahun 2009. Krisis inibermula dengan kegagalan institusi kewangan Amerika Syarikat pada tahun2007 yang berpunca daripada kemerosotan kualiti
subprime assets
. Inimembangkitkan kebimbangan secara meluas dalam pasaran kewanganglobal. Krisis ini menjadi bertambah buruk apabila banyak aset kewanganmengalami kerugian yang mengakibatkan kesan negatif kepada pendapatan.Memandangkan Malaysia sebagai sebuah ekonomi yang sangat terbuka,kesan kemelesetan global begitu dirasai oleh sektor yang berkaitan denganperdagangan luar. Eksport dan pengeluaran kilang merosot masing-masingsebanyak 7.4% dan 11.1%
krisis 2020

punca sebab virus covid 19
 
Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
28,266
Reaction score
893
Points
171
krisis ekonomi 2020 sepatutnya tak berlaku selepas hampir 50 tahun krisis kegawatan ekonomi berlaku diselesaikan dan diperbaiki.. tapi tetap berlaku dengan cara yg lain... company aku teruk terkesan sebb covid 19 bukan sebb krisis ekonomi pon.. sebelum MCO byk je job masuk tapi bile mco terus projek cancel... maksud kat sini ekonomi malaysia sepatutnya sehat bagi tahun 2020
 
biomedik2

Active+ Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
2,507
Reaction score
946
Points
71
krisis ekonomi 2020 sepatutnya tak berlaku selepas hampir 50 tahun krisis kegawatan ekonomi berlaku diselesaikan dan diperbaiki.. tapi tetap berlaku dengan cara yg lain... company aku teruk terkesan sebb covid 19 bukan sebb krisis ekonomi pon.. sebelum MCO byk je job masuk tapi bile mco terus projek cancel... maksud kat sini ekonomi malaysia sepatutnya sehat bagi tahun 2020
Tak juga. KLCi start jatuh dari november lagi
 
GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
28,266
Reaction score
893
Points
171
KLCI tu domestik la bang. Smallcap punye stock jatuh terbongkang bang.
maksud aku domestik tu bukan KLCI ... domesti maksud aku pasal peniaga dalam mesia company2 biasa... saham2 semua effect pasal china us ke pasaran saham malaysia drop bukan sebb isu global ???
 
TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,417
Reaction score
20,979
Points
1,671
Najib Razak
1 hr ·

Ada followers saya di sini yang pernah mengalami krisis ekonomi dulu?

Sudah tentu ingat

- 9/11
- Krisis gadai subprima
- Lehman Brothers

dan sebagainya.

Setiap kali berlaku krisis ekonomi, Rizab Persekutuan Amerika Syarikat akan menurunkan kadar faedah untuk melindungi ekonomi terbesar dunia.

Impaknya juga dirasai seluruh dunia.

Lihat carta ini untuk dapat sedikit gambaran.

Bandingkan antara semua krisis termasuklah Covid-19.

Krisis-krisis tahun 2007-2009 saya Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri.

Alhamdulillah masa itu Malaysia selamat.

Kita ok selepas beberapa langkah pantas diambil oleh kerajaan masa itu untuk kukuhkan ekonomi.

Dalam 2 minggu pertama bulan Mac, Amerika Syarikat telah menurunkan kadar faedah yang amat signifikan untuk menangani impak Covid-19.

Hingga ke ke sasaran lingkungan 0 peratus hingga 0.25 peratus.

Ada pakar-pakar ekonomi dan kewangan sudah mula kata.

"devastating recession"
"mother of all financial crises"

Saudara-saudari, kita perlu bersiap sedia menghadapi cabaran ini.

We must be prepared.

Kerajaan Malaysia, kita perlu bertindak laju dan menyeluruh.

We are running out of time.

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,417
Reaction score
20,979
Points
1,671
Najib Razak
2 hrs ·

Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) kata dunia kini dalam kemelesetan yang lebih buruk daripada krisis kewangan global.

IMF juga kata mereka tidak pernah saksikan krisis seperti ini dalam sejarah.

"This is a crisis like no other. Never in the history of the IMF have we witnessed the world economy coming to a standstill."

Coronavirus pandemic economic fallout ‘way worse than the global financial crisis,’ IMF chief says

Sebab itu saya kata krisis ekonomi Covid ini bukan biasa-biasa.

Bergantung kepada pakej-pakej rangsangan ekonomi sahaja tak cukup untuk melawan impak krisis kali ini.

Dua benda paling asas dalam ekonomi ialah permintaan (demand) dan pembekalan (supply).

Kemelesetan ekonomi yang biasa berlaku apabila permintaan turun ketara dalam masa yang singkat.

Tetapi dalam krisis Covid, kedua-dua permintaan dan pembekalan hancur dalam masa yang paling singkat akibat sekatan ketat yang dilaksanakan,

Selagi vaksin Covid belum ditemui, dihasilkan secara besar-besaran dan diedar kepada semua orang dalam dunia, ekonomi dunia tidak akan memulih seperti dahulu.

Masalahnya ialah proses ini mungkin perlukan masa sekurang-kurangnya dua atau tiga tahun.

Sebab itu, kita perlukan satu Pelan Selamatkan Ekonomi yang menyeluruh dan bertindak laju yang memerlukan bukan sahaja pindaan kepada cara kerajaan mengendalikan kewangan dan ekonomi tetapi pindaan kepada undang-undang negara juga.

Ianya bahaya jika kita masih menganggap krisis ini sebegai hanya satu lagi kemelesetan ekonomi dan menggunakan langkah-langkah rangsangan biasa yang kita pernah guna masa dahulu untuk melawannya.

Tapi Malaysia masih mempunyai kekuatan dan keupayaan untuk menyelamatkan ekonomi kita.

Saya jelaskan isu ini dengan lebih lanjut dalam wawancara pagi tadi:

Posting saya semalam:
 
GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
28,266
Reaction score
893
Points
171
Bill Gate talk pasal virus di TED pada tahun 2015 .. virus yg akan menyerang penduduk dunia dan kita tidak bersedia lagi

movie berkaitan crona

tgk movie.. klu darurat,,,US ni diakan je rakyat dia org terkapai2... wabak sekarang ni mati sampai 100k ni ... betul ke us buat dek je ??
 
Sponsored Post
Top
Log in Register