BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

GRS-BN Umum 24 Calon Bertanding PRU15

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836

[VIDEO] GRS-BN umum 24 calon bertanding PRU15​

ASYIKIN ASMIN
02 NOV 2022
A⁻A⁺

1966829.jpg


GRS-BN mengumumkan seramai 24 calon yang akan bertanding di Parlimen pada PRU15.


KOTA KINABALU – [DIKEMAS KINI] Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-BN mengumumkan seramai 24 calon yang akan bertanding di Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengumuman bagi kedua-dua parti itu dilakukan oleh Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor pada majlis pengumuman calon PRU15.

Bung Moktar mengumumkan seramai 11 calon bagi kerusi Parlimen dan seorang lagi calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya.

Hajiji pula mengumumkan seramai 13 calon membabitkan parti di bawah gabungannya iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

BN mengumumkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dicalonkan bagi kerusi Parlimen Kota Belud manakala tiga menteri kabinet Sabah iaitu Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya kekal mempertahankan kerusi beliau di Parlimen Kinabatangan.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin dan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup mempertahankan kerusi masing-masing iaitu Parlimen Kimanis dan Pensiangan.

BN turut mengemukakan calon muka baharu bagi Parlimen Sepanggar iaitu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Yakub Khan dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir Shahelmey Yahya bagi kerusi Parlimen Sepanggar.

Selain itu, BN turut menamakan Ketua Wanita UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching bagi kerusi Parlimen Beaufort, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong, Jamawi Jaafar bagi kerusi Tenom dan ADUN dilantik Datuk Suhaimi Nasir bagi kerusi Parlimen Libaran.

Calon lain iaitu Datin Maizatul Akmam Alwi dicalonkan bagi kerusi Parlimen Lahad Datu, Aslam Fadli Samsul Alang bagi kerusi Parlimen Kalabakan dan calon bagi kerusi DUN Bugaya Abdul Aziz Mohd Ibnu.

Sementara itu, GRS pula mengumumkan Presiden PBS merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mempertahankan kerusi Parlimen Kota Marudu dan Presiden STAR merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan mempertahankan kerusi Parlimen Keningau manakala Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin mempertahankan kerusi Parlimen Ranau.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Joniston Bangkuai dinamakan sebagai Parlimen Tuaran, Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ruddy Awah bagi Parlimen Kudat dan Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sabah yang juga bekas ADUN Lumadan, Datuk Matbali Musah bagi kerusi Parlimen Sipitang.

GRS turut mengemukakan muka baharu iaitu Yee Tsai Yiew bagi kerusi Parlimen Kota Kinabalu, Kenny Chua Teck Ho (Penampang), Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Menteri, Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), Ketua Penerangan Bersatu Sabah, Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Lau Chi Keong (Sandakan), Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Semporna, Nixon Abdul Habi (Semporna) dan Lo Su Fui (Tawau).



 
Bung Moktar mengumumkan seramai 11 calon bagi kerusi Parlimen dan seorang lagi calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya.

Hajiji pula mengumumkan seramai 13 calon membabitkan parti di bawah gabungannya iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).


11 BN
13 GRS
 
Calon Parlimen BN

1. Kota Belud - Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan
2. Kinabatangan - Bung Moktar
3. Kimanis - Datuk Mohamad Alamin
4. Pensiangan - Datuk Arthur Joseph Kurup
5. Sepanggar - Datuk Yakub Khan dan Datuk Ir Shahelmey Yahya
6. Beaufort - Datuk Siti Aminah Aching
7. Tenom - Jamawi Jaafar
8. Libaran - Datuk Suhaimi Nasir
9. Lahad Datu - Datin Maizatul Akmam Alwi
10. Kalabakan - Aslam Fadli Samsul Alang
11. Bugaya - Abdul Aziz Mohd Ibnu
 
Last edited:
Calon Parlimen GRS

1. Kota Marudu - Datuk Seri Dr Maximus Ongkili
2. Keningau - Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan
3. Ranau - Datuk Jonathan Yasin
4. Tuaran - Datuk Joniston Bangkuai
5. Kudat - Datuk Ruddy Awah
6. Sipitang - Datuk Matbali Musah
7. Kota Kinabalu - Yee Tsai Yiew
8. Penampang - Kenny Chua Teck Ho
9. Papar - Datuk Armizan Mohd Ali Ketua
10. Batu Sapi - Khairul Firdaus Akbar Khan
11. Sandakan - Lau Chi Keong
12. Semporna - Nixon Abdul Habi
13. Tawau - Lo Su Fui
 

Anak Musa Aman digugurkan kerusi Parlimen Sipitang​

ASYIKIN ASMIN
02 NOV 2022
A⁻A⁺

1967115.jpg


Matbali dinamakan sebagai calon Parlimen Sipitang bagi menggantikan Yamani Hafez.


KOTA KINABALU – Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Yamani Hafez Musa antara nama yang digugurkan dalam senarai calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam pengumuman yang berlangsung di sini, pada Rabu.

Beliau yang juga anak bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman tidak dicalonkan semula bagi kerusi Parlimen Sipitang.

Tiga lagi nama lain yang turut digugurkan ialah penyandang bagi Parlimen Beaufort, Datuk Seri Azizah Mohd Dun, penyandang kerusi Parlimen Kudat, Datuk Rahim Bakri dan penyandang kerusi Parlimen Libaran, Datuk Zakaria Mohd Idris.

Nama-nama yang digugurkan itu menang pada PRU14 atas tiket Barisan Nasional (BN) namun bertukar parti kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 2019.

Sementara itu, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin memaklumkan beliau dimaklumkan oleh Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor bahawa penyandang kerusi Parlimen Sipitang itu menolak untuk bertanding semula.

“Menurut Ketua Menteri (Hajiji), dia (Yamani) menolak untuk bertanding (Sipitang). Setakat ini, (Musa) tidak berhasrat dan dia tidak pernah maklumkan kepada saya untuk kembali,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai Yamani dan Musa selepas mengumumkan calon GRS-BN.

Sebelum itu, dalam pengumuman yang telah dibuat, Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sabah yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Datuk Matbali Musah dinamakan sebagai calon bagi kerusi Parlimen Sipitang.

Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ruddy Awah dinamakan sebagai calon Parlimen Kudat, Ketua Wanita UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching dinamakan sebagai calon bagi kerusi Parlimen Beaufort, manakala ADUN dilantik Datuk Suhaimi Nasir dinamakan sebagai calon bagi kerusi Parlimen Libaran.

Sementara itu, satu lagi kerusi bagi Parlimen Beluran masih belum diumumkan dan difahamkan dalam perbincangan oleh GRS dan BN.

 
Back
Top
Log in Register