BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Google Google Meet Kini Hadir Dengan Sokongan Terjemahan & Alih-Suara Untuk Panggilan Video

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Pada acara Google I/O hari ini, Google memperlihatkan sejumlah ciri baharu yang akan hadir, termasuk sokongan integrasi Google Gemini pada perkhidmatan panggilan video mereka, Google Meet. Dengan integrasi ini, ia membolehkan sesuatu panggilan video diterjemahkan kepada bahasa pilihan seseorang dalam bentuk hampir masa-nyata.

Google-Meet-Translate-950x534.jpg.webp


Buat masa ini, Google hanya menyokong terjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Sepanyol dan sebaliknya sahaja ketika panggilan video. Suara diterjemahkan secara automatik, dan video dipaparkan bersama alih-suara kepada pemanggil lagi seorang. Ciri ini ditawarkan kepada pengguna dengan langganan Google AI Pro sahaja buat masa ini. Lebih banyak bahasa dijangka ditambah oleh Google untuk sokongan terjemahan panggilan video ini dari masa ke semasa.​
 
Back
Top
Log in Register