BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Golongan Muda Perlu Terapkan Impian Besar, Keberanian Dan Ilmu Untuk Berjiwa Pemimpin

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Golongan Muda Perlu Terapkan Impian Besar, Keberanian Dan Ilmu Untuk Berjiwa Pemimpin​

0277ee24e7f36331b8f3e367daa87f8b6a8bd5f146ab6

3b8eaae6426346170ae31110db0f27b46a8bd60067fbc


Golongan muda di negara ini perlu menerapkan tiga elemen penting iaitu mempunyai impian besar, keberanian dan ilmu pengetahuan dalam diri masing-masing, sebagai usaha menjadi individu berjiwa pemimpin pada masa depan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul berkata anak-anak muda menentukan impian besar yang ingin dicapai dalam hidup mereka dan kemudian mesti mempunyai keberanian untuk berubah serta seterusnya bertindak melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, agar berada pada landasan betul.

Beliau berkata dalam apa jua bidang diceburi, mereka mesti memiliki sifat pemimpin serta meyakini kemampuan diri sendiri berpaksikan ilmu dan kekuatan tersendiri.

“...mempunyai sifat seorang perwira, bukan saja sebagai tentera, bukan saja sebagai ahli politik tetapi apa juga bidang kita lakukan mesti ada sifat jiwa pemimpin, orang besar yang yakin pada diri sendiri,” katanya.

Johari berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Latihan Wira Muda Negara Siri 3/2026 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, di Cawangan Latihan Khidmat Negara (CLKN) Kem 504 Askar Wataniah (AW) Bukit Keteri, dekat sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Mejar Jeneral Datuk Marzuki Mokhtar.

Pada majlis penutup di CLKN Kem 504 AW itu, pelatih wanita An’nur Najiha Muhammad Shahidan, 18, dari Ipoh, Perak diumumkan sebagai penerima Anugerah Wira Muda Ulung, iaitu pengiktirafan kepada Wira Muda itu yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang latihan.

Sementara itu, JLKN dalam kenyataan memaklumkan pada siri 3/2026, sebanyak 795 pelatih berjaya menamatkan latihan masing-masing, dengan majlis penutup diadakan serentak hari ini di tiga lokasi CLKN iaitu seramai 106 pelatih wanita di Kem 504 AW, 442 pelatih lelaki (Kem 505 AW, Pahang) dan 247 pelatih wanita (Kem 515 AW, Kuala Lumpur).

 
Back
Top
Log in Register