BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PBAKL 2026: Medan Anak Muda Melabur Untuk Ilmu

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,704
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,704
Reaction score
97
Points
80

PBAKL 2026: Medan Anak Muda Melabur Untuk Ilmu​

f643c2628fbc29c78c22cf9716deb0376a193bd143930

78b6278a0094ad970aec6e6ea4bb9c116a193bb8b0bd8

Pelbagai buku hasil karya penulis tempatan dan luar negara boleh didapati dan dibeli oleh orang ramai yang mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

PBAKL 2026 edisi ke-43 itu berlangsung selama 10 hari bermula hari ini hingga 7 Jun.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 yang membuka tirainya hari ini menjadi bukti bahawa budaya membaca dalam kalangan generasi muda Malaysia masih kekal subur meskipun dunia mereka kini dikelilingi gajet, media sosial dan pelbagai bentuk hiburan digital.

Tinjauan Bernama mendapati golongan remaja dilihat sanggup menabung serta berjimat semata-mata untuk mendapatkan bahan bacaan yang dianggap sebagai pelaburan ilmu dan masa depan.

Bagi pelajar aliran sejarah tingkatan enam, Nurul Jannah Norul Khan, 19, PBAKL menjadi destinasi wajib untuk memenuhi minat mendalamnya terhadap sejarah dan geopolitik.

Menggunakan wang simpanannya sendiri, beliau mencari naskhah berkaitan Perang Dingin, Tamadun Uthmaniyah serta geopolitik dunia Islam sebagai persediaan menghadapi semester baharu.

“Saya memang dah lama nak beli buku-buku ini sebagai persediaan menghadapi semester dua yang akan datang,” katanya  ketika ditemui Bernama, di sini, hari ini.

Walaupun mengakui masih dalam proses membina budaya membaca secara konsisten, Nurul Jannah percaya minat itu perlu dipupuk secara perlahan-lahan dengan memilih bahan bacaan yang sesuai dengan kecenderungan sendiri.

Sementara itu,  Asma Imani Mohd Faiz, 13, sanggup membelanjakan lebih RM200 hasil simpanan duit rayanya untuk membeli novel kegemaran di pesta buku berkenaan.

Remaja dari Gombak itu berkata minat membaca mula dipupuk sejak usia 10 tahun melalui komik sebelum beralih kepada novel romantik sebagai bahan bacaan untuk mengisi masa lapang.

“Saya minat membaca sejak umur 10 tahun. Bermula dengan komik dan kini saya lebih memilih novel genre romantik sebagai bahan bacaan untuk mengisi masa lapang,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register