eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
BALIK PULAU: Tindakan seorang pengawal keselamatan yang sanggup menyamar sebagai anggota polis gara-gara cita-citanya untuk menjadi anggota polis sejak kecil tidak tercapai akhirnya terbongkar selepas dicekup polis di sebuah rumah di Batu Maung, kelmarin.
Dalam serbuan jam 5 petang itu, sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Barat Daya menahan lelaki berusia 32 tahun itu dan menemui pistol, gari, pakaian seragam dan kad kuasa polis di rumah suspek.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Lai Far Hin berkata, lelaki itu ditahan selepas soal siasat dilakukan ke atas seorang lelaki berusia 23 tahun yang disyaki terbabit dengan kes kecurian motosikal di Queensbay, Bayan Lepas.
Beliau berkata, lelaki berusia 23 tahun yang juga seorang mekanik motosikal itu ditahan di sebuah rumah di Lintang Batu Maung 1, Batu Maung dan polis menemui sebuah motosikal dilaporkan hilang di kawasan Queensbay dalam keadaan tidak sempurna tanpa nombor pendaftaran jenis Yamaha Nouvo serta beberapa komponen motosikal.
“Susulan daripada penahanan mekanik itu, kami menahan seorang pengawal keselamatan berusia 32 tahun yang ketika itu sedang bertugas di Bayan Baru kerana dipercayai terbabit sama dalam kes kecurian motosikal,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, semalam.
Menurutnya, hasil siasatan suspek, polis menemui sepucuk pistol mainan jenama SV Infiniti buatan China, sepasang pakaian seragam lengkap polis, sepasang gari jenama super dan satu sarung pistol berwarna hitam.
Beliau berkata, pihaknya turut menemui lima salinan kad kuasa polis berpangkat konstabel, satu buku saku polis dan sarung (POL5), dua pelekat kereta dengan logo PDRM, sehelai baju hujan polis, topi keledar dan kasut di dalam kereta Proton Iswara suspek.
Lai berkata, turut ditemui sekeping kad kuasa polis milik seorang konstabel polis yang dilaporkan hilang pada 2008, pas pengawal keselamatan, kad pengenalan dan lesen memandu atas nama orang lain serta dua keping gambar suspek berpakaian uniform polis.
"Kami juga mendapati kereta Proton Iswara dipercayai milik suspek itu didaftarkan atas nama kakak iparnya dan siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan motif sebenar kes kecurian motosikal serta penyamaran sebagai anggota polis.
"Kami juga sedang menyiasat tempoh masa aktiviti jenayah dilakukan suspek bagi mengenalpasti sama ada suspek mempunyai rangkaian dengan pihak tertentu," katanya.
Menurutnya, suspek kini ditahan reman dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 379 A (i) Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri motosikal dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda.
Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata tiruan dan boleh dipenjara tidak melebihi satu tahun, denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.
Siasatan juga turut dilakukan di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam dan sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali serta Seksyen 89 Akta Polis kerana memiliki peralatan polis.