BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PDRM Mahu Murid Jadi Ejen Perubahan Cegah Jenayah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
c1682a54aaa010939c77ecf43eb617a669f1ba947d767

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Azani Omar berucap merasmikan Forum Generasi Anti Jenayah Siri 1 Peringkat Kuala Lumpur anjuran Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dengan kerjasama Polis Kuala Lumpur dan sokongan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), hari ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahu murid menjadi ejen perubahan dalam masyarakat melalui pendedahan awal terhadap pencegahan jenayah di sekolah.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azani Omar berkata pendekatan itu penting bagi memastikan golongan muda membesar dalam persekitaran yang selamat, positif dan bebas daripada gejala jenayah.

Beliau berkata melalui pendedahan awal murid dapat memahami peranan masing-masing dalam pencegahan jenayah, sekali gus membantu membentuk masyarakat yang lebih bertanggungjawab.

“PDRM percaya bahawa pencegahan bermula daripada pendidikan. Kita mahu melahirkan generasi yang berani berkata tidak kepada jenayah dan mempunyai jati diri yang tinggi untuk menepis cabaran seperti buli, vandalisme serta jenayah siber,” katanya ketika merasmikan Program Forum Gen Anti Jenayah melibatkan penyertaan 500 murid dari 15 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) sekitar Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Turut hadir Presiden MIC merangkap Pengerusi Maju Institute of Educational Development (MIED) Tan Sri S. Vigneswaran dan Timbalan Pengarah Pendidikan Kuala Lumpur Aziz Hashim.

Sementara itu, Vigneswaran menyifatkan penganjuran program itu tepat pada masanya memandangkan keberkesanan sesuatu tindakan bergantung kepada usaha pencegahan sebelum jenayah berlaku.

Beliau berkata MIED akan terus menyokong usaha antijenayah dan menyasarkan penglibatan lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada masa hadapan.

Forum sehari itu bertujuan memberi pendedahan kepada murid mengenai bahaya melanggar undang-undang serta kepentingan disiplin dalam membentuk masa depan yang lebih terjamin.

 
Back
Top
Log in Register