combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
APBN 2026: Penerima Perlu Jadi Ejen Perubahan, Bukan Sekadar Bawa Pulang Trofi
Menteri Belia dan Sukan Dr. Mohammed Taufiq Johari menyampaikan ucapan semasa hadir ke Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara 2026 malam ini.
- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Penerima Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2026 perlu menjadikan pengiktirafan tertinggi kerajaan kepada golongan itu sebagai amanah untuk mencetus perubahan dan melahirkan lebih ramai anak muda berkualiti, bukan sekadar berbangga dengan trofi yang diterima.
Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berkata setiap penerima mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi ratusan malah ribuan anak muda lain supaya bersedia menghadapi perubahan dunia termasuk perkembangan pesat era digital dan kecerdasan buatan (AI).
"Anugerah Belia Negara ini tidak hanya semata-mata satu anugerah ataupun malam ini sahaja habis, selesai program hari ini, kemudian kita balik pulang dengan trofi yang berkilau.
"Anugerah ini sebenarnya adalah amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh negara untuk kita supaya kita kembangkan lagi kehebatan anak-anak muda di luar sana," katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian APBN Peringkat Kebangsaan 2026, di sini hari ini.
Mohammed Taufiq berkata seseorang penerima anugerah berupaya mempengaruhi ratusan bahkan ribuan belia untuk membawa perubahan kepada negara, selain membantu generasi muda mempersiapkan diri memasuki era digital dan AI.
Beliau berkata penerima APBN juga diharap menjadi ejen yang menggerakkan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum tanpa mengira bangsa, agama atau latar belakang.
"Anak muda merupakan jambatan yang paling hebat untuk mengekalkan perpaduan dalam negara kita," katanya.
Mohammed Taufiq berkata APBN yang diperkenalkan sejak 1988 telah melahirkan ramai anak muda berbakat, mempunyai jati diri kukuh serta komited menyumbang kepada negara, dengan sebahagian penerima terdahulu terus memberikan sumbangan kepada pembangunan generasi muda dan muncul sebagai pemimpin.
Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan antara contoh bagaimana keberanian dan rasa tanggungjawab seorang anak muda terhadap nasib masyarakat mampu mencetuskan perubahan.