BTC USD 76,485.3 Gold USD 4,346.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sultan Selangor Mahu Program Akademik UiTM Relevan Dengan Perubahan Dunia

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,719
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,719
Reaction score
97
Points
80

Sultan Selangor Mahu Program Akademik UiTM Relevan Dengan Perubahan Dunia​

ae4bf2ffb8095901a995f4b179a7ce5a6a91ad540bb70

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan Titah Diraja pada Majlis Titah Diraja Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2026 di Dewan Konsert Seri Budiman, UiTM Shah Alam.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu program akademik Universiti Teknologi MARA (UiTM) sentiasa relevan dengan perubahan ekonomi dunia bagi memastikan graduan institusi itu mampu bersaing dalam pasaran pekerjaan yang semakin mencabar.

Baginda bertitah perkara itu khususnya melibatkan bidang teknologi digital, kecerdasan buatan, sains, kejuruteraan, perubatan, kewangan, perakaunan, perundangan, industri kreatif dan bidang-bidang baharu yang bakal menentukan masa depan ekonomi Malaysia.

“Cabaran yang dihadapi oleh generasi Melayu dan Bumiputera sekarang sudah berubah... jika dahulu perjuangannya adalah untuk mendapatkan tempat di universiti, hari ini perjuangannya adalah untuk memastikan graduan kita mampu bersaing dan menjadi yang terbaik dalam dunia yang semakin mencabar.

“UiTM tidak boleh hanya berbangga kerana menjadi universiti yang besar dan hebat... Beta mahu UiTM terus mempertahankan mandat asalnya untuk memperkasa Melayu dan Bumiputera.

“… tetapi mempertahankan mandat tersebut tidak bermaksud kita harus menutup mata terhadap kelemahan sendiri atau berasa cukup dengan apa yang telah dicapai,” titah Sultan Sharafuddin pada Majlis Titah Diraja UiTM 2026 bertemakan “Kecemerlangan Institusi Pendidikan Teras Pembangunan Negara” di Dewan Konsert Seri Budiman di sini hari ini.

Turut berangkat ke majlis itu Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Majlis anjuran Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Pejabat Pemerkasaan Adiwangsa itu turut dihadiri Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Sultan Sharafuddin bertitah baginda berasa amat bangga melihat pencapaian UiTM yang kini berdiri sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang membanggakan bangsa dan negara.

“Institusi keramat ini telah membuktikan keupayaannya memberikan khidmat bakti apabila para lulusannya kini tidak lagi sekadar menjadi penonton sejarah sebaliknya menjadi penggerak utama, tokoh korporat dan pemimpin ternama di peringkat nasional mahupun persada global.

 
Back
Top
Log in Register