BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Geran Uyarvu MADANI Terima 1,340 Permohonan Dalam Tempoh Lima Hari

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Geran Uyarvu MADANI Terima 1,340 Permohonan Dalam Tempoh Lima Hari​

2429cda7592e13a65f22f1fb0164e3e062c534ea077c7

Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

Program Bantuan Geran Uyarvu MADANI oleh Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) telah menerima sebanyak 1,340 permohonan setakat tengah hari ini, hanya lima hari selepas dilancarkan.

Ketua Pengarah MITRA N. Raveendran Nair berkata permohonan bagi program itu mungkin ditutup lebih awal sekiranya jumlah sasaran 1,500 permohonan dicapai sebelum tempoh ditetapkan.

Beliau berkata sebanyak 700 usahawan yang memenuhi syarat kelayakan dan kriteria pemilihan akan dipilih sebagai penerima bantuan menerusi program itu.

“Sambutan yang memberangsangkan itu mencerminkan permintaan tinggi dalam kalangan usahawan mikro dan kecil terhadap bantuan kewangan bagi mengembangkan serta memperkukuh perniagaan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Program terbabit yang dilancarkan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan pada 29 Jun lepas, menawarkan geran sehingga RM50,000 kepada usahawan masyarakat India yang layak mengikut kategori perniagaan masing-masing.

 
Back
Top
Log in Register