BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ask/Help Geran kereta hilang

Pada pendapatan saya, pemilik kenderaan tidak perlu risau jika geran kenderaan hilang dirumah. Kerana jika setiap tahun geran hiang teruk juga nak keluar duit denda untuk dapatkan geran baru.

Sekarang ini pemilik kenderaan boleh memperbaharui cukai jalan dan insuran kenderaan tanpa ada geran asal. Yang perlu ada adalah maklumat kenderaan anda. Maklumat ni ada dalam salinan geran ataupun nota perlindungan insuran yang lepas.

Baca lebih lanjut disini:
http://www.myroadtax.com/2014/02/26/geran-kereta-hilang/

Tetapi kalau nak jual kenderaan, pemilik kenderaan perlu dapatkan geran kenderaan baru. Ini kerana proses tukar hakmilik secara sukarela memerlukan dokumen asal geran kenderaan ni.

Laporan polis juga tidak perlu dibuat lagi untuk apa-apa jenis kehilangan sijil bermula tahun 2011.

Saya sekadar menambah maklumat bagi mereka yang memerlukan.
 
Back
Top
Log in Register