BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gengster kena denda

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
gengster_cropped_1498806173.jpg

Weh Sang dan Kah Chun didakwa diMahkamah Majistret atas pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pertubuhan kongsi gelap.- FOTO L Manimara


TIGA lelaki termasuk seorang remaja didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, hari ini, atas pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti kumpulan kongsi gelap, Ahad lalu.

Tertuduh iaitu Liew Kah Chun, 27, dan seorang remaja berusia 16 tahun didakwa atas pertuduhan mempunyai tatu berunsur kongsi gelap manakala Chip Weng Sang, 45, pula atas pertuduhan memaparkan papan tanda pertubuhan tidak berdaftar.

Kah Chun dan Weng Sang mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa secara berasingan di hadapan Majistret Noorhidayah Mohd Saad.

Mengikut pertuduhan, Kah Chun didakwa memiliki tatu lambang kongsi gelap Wah Kee 'Geng 04/18' pada pergelangan tangan kiri manakala remaja berusia 16 tahun turut memiliki lambang tatu kumpulan kongsi gelap.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 52 (3) Akta Pertubuhan 1966 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM15,000.

Weng Sang pula dituduh menggunakan papan tanda Pertubuhan Kemakmuran Si Gong Malaysia Cawangan Sungai Siput tanpa kebenaran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan didakwa mengikut Seksyen 50(3) Akta Pertubuhan 1966.

Noorhidayah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara 12 bulan jika gagal membayar denda berkenaan terhadap Kah Chun manakala RM1,000 atau sebulan penjara sekiranya gagal bayar terhadap Weng Sang.

Bagi remaja berusia 16 tahun pula, prosiding yang dijalankan secara tertutup akan disebut semula 27 Julai selepas tiada ahli keluarga remaja berkenaan hadir dan membenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin kepadanya.

Mereka antara 23 individu yang ditahan dalam serbuan Op Cantas di sebuah premis di Persiaran Lintang Makmur 9, Taman Lintang Makmur, Sungai Siput, Ahad lalu.

Harian Metro melaporkan seramai 23 individu membabitkan 22 lelaki serta seorang wanita ditahan ketika sedang menjalankan upacara angkat sumpah di sebuah premis berkenaan dan merampas dua ekor ayam dipercayai digunakan untuk upacara itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee mengesahkan kumpulan itu dikenal pasti sebagai Geng 360 yang baru ingin ditubuhkan di Perak.



sumber: http://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/06/241228/gengster-kena-denda#cxrecs_s



.
 
TIGA lelaki termasuk seorang remaja didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, hari ini, atas pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti kumpulan kongsi gelap, Ahad lalu.

Mereka antara 23 individu yang ditahan dalam serbuan Op Cantas di sebuah premis di Persiaran Lintang Makmur 9, Taman Lintang Makmur, Sungai Siput, Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee mengesahkan kumpulan itu dikenal pasti sebagai Geng 360 yang baru ingin ditubuhkan di Perak.

>di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar
>di hadapan Majistret Noorhidayah Mohd Saad.


1(a).Pertuduhan
-Kah Chun didakwa memiliki tatu lambang kongsi gelap Wah Kee 'Geng 04/18' pada pergelangan tangan kiri
-didakwa mengikut Seksyen 52 (3) Akta Pertubuhan 1966
-mengaku bersalah

(b)hukuman
denda RM5,000 atau penjara 12 bulan jika gagal membayar denda berkenaan

2(a).Pertuduhan
-Weng Sang pula didakwa menggunakan papan tanda Pertubuhan Kemakmuran Si Gong Malaysia Cawangan Sungai Siput tanpa kebenaran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
-didakwa mengikut Seksyen 50(3) Akta Pertubuhan 1966.
-mengaku bersalah

(b)Hukuman
RM1,000 atau sebulan penjara sekiranya gagal bayar

3(a)Pertuduhan
-remaja berusia 16 tahun turut didakwa memiliki lambang tatu kumpulan kongsi gelap
-didakwa mengikut Seksyen 52 (3) Akta Pertubuhan 1966
-mengaku tidak bersalah

>Tarikh sebutan: 16 Julai
>Dibenar ikat jamin

>di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar
>di hadapan Majistret Noorhidayah Mohd Saad.




syabas pdrm, keep it up
polis kian giat membanteras pembabitan aktiviti kumpulan kongsi gelap
 
Harian Metro melaporkan seramai 23 individu membabitkan 22 lelaki serta seorang wanita ditahan ketika sedang menjalankan upacara angkat sumpah di sebuah premis berkenaan dan merampas dua ekor ayam dipercayai digunakan untuk upacara itu.



.

Kenapa Ayam? syg la musim raya ni org byk nak guna ayam.
lain kali guna angsa..ganas sikit
 
Patut hapuskn je kongsi gelap ni..
 
Kalau betul2 cantas... Xde nya ahli baru... sampai sekarang wujud... Xde kebaikan.. keburukan ada la
 
Back
Top
Log in Register