ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Nor Azman Muhamad YUSUF (dua dari kiri) bersama pegawai-pegawainya menunjukkan gambar hasil rampasan polis daripada anggota kongsi gelap Geng 36 dalam sidang akhbar di Seremban, baru-baru ini. UTUSAN/ASWAD YAHYA
SEREMBAN 1 April – Polis menahan dua penjenayah yang dikehendaki dan turut merampas lima kilogram dadah dalam serbuan berasingan di sini baru-baru ini.
Kedua-dua suspek berusia 28 dan 36 tahun itu ditahan susulan kes dua lelaki disyaki anggota kongsi gelap Geng 36 yang mati dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Rasah-Port Dickson di sini pada 21 Mac lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Nor Azman Muhamad Yusuf berkata, suspek pertama yang berusia 36 tahun ditangkap pada 25 Mac lalu sementara seorang lagi diberkas dua hari kemudian di Sendayan di sini.
"Siasatan lanjut ke atas suspek kedua membawa kepada penemuan 3.7 kilogram heroin, dua kilogram ganja dan sepucuk senjata api jenis revolver beserta peluru," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di sini hari ini.
Menurut Nor Azman, pihaknya masih menyiasat kaitan antara dua suspek terbabit dengan penjenayah yang mati ditembak dan kegiatan jenayah yang dilakukan oleh mereka.
Setakat ini katanya, kedua-dua suspek yang menganggur tiada rekod jenayah dan mereka kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971.
Utusan Malaysia pada 22 Mac lalu melaporkan, dua penjenayah berusia 24 dan 40 tahun maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) Bukit Aman.
Siasatan mendapati kedua-duanya yang memiliki rekod jenayah disyaki terlibat dalam kegiatan samun senjata api dan pengedaran dadah di lima buah negeri termasuk Negeri Sembilan sejak 1999.
Turut ditemukan di lokasi kejadian ialah dua pucuk pistol jenis Smith & Wesson dan CZ 85, enam peket serbuk putih heroin dan 11 butir peluru.