BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Generasi pascareformasi ujian sebenar PKR, kata penganalisis

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Generasi pascareformasi ujian sebenar PKR, kata penganalisis​

a7579b6e-8edc-46a7-b1d9-762a1dbdfe25-ANWAR-IBRAHIM-GIMIK-PERASMIAN-KONGRES-KEADILAN-MITC-MELAK...jpg

Anwar Ibrahim dilihat berhati-hati dalam mencari pengganti sebagai pimpinan PKR
yang terlalu jelas muncul.


Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata persoalan itu semakin penting kerana generasi muda hari ini mengenali politik melalui isu yang memberi kesan langsung kepada kehidupan mereka, bukan pengalaman pergolakan politik lebih dua dekad lalu.

“Mereka mengenali politik melalui TikTok, kos sara hidup, peluang pekerjaan, rumah, pendidikan, AI dan masa depan.

“Cabaran PKR bukan sekadar mencari pemimpin lebih muda tetapi tokoh yang mampu memberikan parti itu identiti relevan kepada generasi pengundi baharu,” kata penganalisis dari Global Asia Consulting itu kepada FMT.

Gerakan Reformasi merujuk kepada peristiwa pemecatan Anwar sebagai timbalan perdana menteri hampir 28 tahun lalu di bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad.

Ia membawa kepada penubuhan PKR, salah satu parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang menjadi antara tunjang utama pemerintahan kerajaan perpaduan di bawah Anwar.

Kajian ISEAS-Yusof Ishak Institute mengenai PRU15 mendapati majoriti kerusi yang mempunyai sekurang-kurangnya 30% pengundi bawah 30 tahun dimenangi Perikatan Nasional (PN) diikuti PH dan Barisan Nasional (BN).

Analisis Bridget Welsh yang dipetik Bernama sebelum ini turut merekodkan kadar keluar mengundi 75.6% dalam kalangan pengundi berusia 18 hingga 30 tahun pada PRU15, menunjukkan besarnya pengaruh kelompok itu terhadap keputusan pilihan raya.

Zaharuddin berkata PKR sebenarnya tidak ketandusan pemimpin berpotensi untuk memainkan peranan lebih besar dengan menamakan beberapa tokoh.

Menurutnya, Naib Presiden Amirudin Shari mempunyai rekod pentadbiran selaku menteri besar Selangor manakala Ketua Penerangan Fahmi Fadzil kuat dalam aspek komunikasi.

“Saifuddin Nasution Ismail (naib presiden yang memangku jawatan timbalan presiden) pula mempunyai pengalaman organisasi manakala Tengku Zafrul Aziz (Ex-Officio Biro Politik PKR) pula dari korporat dan kerajaan.

“Namun belum ada seorang pun yang mempunyai gabungan identiti, karisma, naratif dan mandat nasional yang cukup jelas untuk muncul sebagai wajah PKR selepas Anwar,” katanya.

Felo kanan Singapore Institute of International Affairs (SIIA) Oh Ei Sun turut senada yang ketika ini tidak kelihatan mana-mana pemimpin PKR mempunyai imej kukuh sebagai pengganti Anwar.

Katanya, tidak adil mengatakan Anwar tidak berminat membawa muka baharu ke kepimpinan tertinggi, sebaliknya presiden PKR itu dilihat berhati-hati dalam mencari pengganti yang terlalu jelas muncul.

“Beliau amat berhati-hati memastikan tiada pengganti yang jelas dalam parti kerana beliau hampir selalu berselisih dengan mereka.

“Ini mungkin sesuatu yang beliau pelajari daripada Dr Mahathir, yang tanpa belas mengetepikannya apabila jelas beliau mula mendesak untuk naik lebih tinggi,” kata Oh.

Walaupun Oh tidak menamakan mana-mana bekas pemimpin PKR, hubungan Anwar dengan bekas timbalannya Rafizi Ramli pernah tegang.
 
Back
Top
Log in Register