BTC USD 63,782.2 Gold USD 4,333.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gempar bunyi ketukan dari dalam keranda

kupanglaut

Super Active Member
Messages
7,522
Joined
Jun 13, 2025
Messages
7,522
Reaction score
90
Points
80
keranda-thai.jpg

CHONTIROT berbaring di dalam sebuah keranda. - Foto DailyNews

BANGKOK – Seorang wanita di Phitsanulok, Thailand mencetuskan huru-hara apabila mengetuk dari dalam keranda sebelum upacara membakar jasadnya, lapor laman berita Thaiger semalam.

Beberapa kakitangan sebuah tokong mendengar bunyi ketukan itu ketika mereka mengalihkan keranda untuk upacara pembakaran tersebut.

Apabila keranda dibuka, mereka terkejut melihat wanita tersebut, Chontirot Sakulku, 65, masih hidup dan bernafas dalam keadaan perlahan. Dia segera dibawa ke hospital untuk pemeriksaan perubatan.

Doktor mengesahkan bahawa Chontirot tidak menunjukkan tanda-tanda dia berhenti bernafas. Gejalanya sepadan dengan hipoglisemia, iaitu keadaan di mana paras gula dalam darah berada di bawah paras normal.

Adik lelakinya, Mongkon Sakulku, memberitahu bahawa Chontirot meninggal dunia sekitar pukul 2 pagi (waktu tempatan) ketika dia tidak sedarkan diri di rumah mereka.

Selepas menganggap dia meninggal dunia, Mongkon memberitahu ketua kampung dan mendapatkan sijil kematian serta meletakkan ‘jasad’ Chontirot di dalam keranda. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register