BTC USD 61,702.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gempar bunyi guruh panjang

Fenomena biasa, kata Meteorologi

petir_cropped_1533189600.jpg


PETIR dan bunyi guruh berpanjangan yang berlaku petang Selasa lalu seperti yang ditularkan menerusi gambar dan rakaman video di media sosial adalah fenomena biasa.


Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) Alui Bahari berkata, petir yang didakwa berlaku di Menara Berkembar Petronas (KLCC) bukan fenomena luar biasa kerana petir biasanya memanah objek yang tinggi.

"Berdasarkan pemantauan MMD, awan ribut petir kuat terbentuk di kawasan Lembah Klang sejak lewat petang sehingga ke lewat malam pada hari kejadian berkenaan.

"Kilat adalah sangat panas dan menyebabkan udara di sekitarnya mengembang dengan drastik sekali gus menyebabkan partikel udara bergetar dan seterusnya menghasilkan bunyi guruh sebaik sahaja kilat kelihatan," katanya dalam kenyataan kepada NSTP, hari ini.

Katanya, bunyi guruh yang panjang adalah disebabkan oleh gema atau pantulan bunyi itu daripada objek sekeliling seperti bangunan terutama bangunan yang tinggi.

Alui berkata, susulan kejadian itu, pihaknya sudah mengeluarkan Amaran Ribut Petir untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan daerah yang terbabit di Selangor pada jam 6.40 petang, 8.10 malam dan 11.05 malam.

"Semua maklumat mengenai amaran berkenaan boleh dilihat di laman web, aplikasi MyCuaca dan media sosial rasmi MMD yang dimuat naik setiap hari," katanya.

Kelmarin, tular di media sosial kejadian bunyi guruh yang kuat dan panjang di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor, malah segelintir netizen mendakwa bunyi guruh berlaku tanpa henti selama 20 minit.

Fenomena itu dikatakan berlaku sepanjang kawasan Cyberjaya sehingga ke Puchong antara jam 7 hingga 7.30 malam sebelum disambung dengan panahan petir.

Susulan kejadian itu, beberapa netizen mula berkongsi gambar dan video antaranya gambar yang menunjukkan panahan kilat menyambar KLCC, jam 9 malam.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/08/364183/petir-dan-bunyi-guruh-luar-biasa
 
Allah secara khusus menarik perhatian kita pada petir ini dalam surah Ar-Rad(guruh)
Dialah yang memperlihatkan kilat kepadamu, yang menimbulkan ketakutan dan harapan, dan Dia menjadikan mendung. Dan guruh bertasbih memuji-Nya (demikian pula) para malaikat kerana takut kepada-Nya, dan Allah melepaskan halilintar, lalu menimpakannya kepada sesiapa yang Dia kehendaki, sementara mereka berbantah-bantahan tentang Allah, dan Dia Maha Keras siksaan-Nya (Ar-Rad: 12-13)

Dalam ayat ini Allah berfirman bahwa Dia menghadirkan petir pada manusia sebagai sumber rasa takut dan harapan. Allah juga berfirman bahwa guruh yang muncul saat petir menyambar bertasbih memujiNya. Allah telah menciptakan sejumlah tanda-tanda bagi kita pada petir. Kita seharusnya berfikir dan bersyukur bahawa guruh yang mungkin belum pernah difikirkan oleh kebanyakan manusia dengan seteliti ini, dan yang menimbulkan perasaan takut dan pengharapan dalam diri manusia, adalah sebuah sarana yang dengannya rasa takut kepada Allah semakin bertambah dan yang dikirim olehNya untuk tujuan tertentu sebagaimana yang Dia kehendaki.
 
thor turun puchong smlm
 
Back
Top
Log in Register