BTC USD 61,854.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gempar bom ditemui di 3 lokasi

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Anggota UPB melakukan pemeriksaan di lokasi penemuan bom buatan sendiri di Jalan SK7/12, semalam.

image.jpg

Anggota UPB menjalankan pemeriksaan ke atas kotak tertulis 'Awas Bom' yang ditemui seorang pekerja kedai makan di Jalan SK7/12 .

image.jpg

Kotak tertulis ‘Awas Bom’ ini ditemui di tepi tangga tingkat 2, Pejabat DAP Kinrara

image.jpg

Pemeriksaan menemui tin yang berisi wayar dan objek hitam di dalam kotak bertulis perkataan 'bom' di temui di luar bilik gerakan DAP di Jinjang Utara.

SERI KEMBANGAN – Penduduk dan pengguna jalan raya di Seri Kembangan semalam gempar dengan penemuan bungkusan tertulis ‘Awas Bom’ di sebuah kedai makan di Jalan SK7/12, pagi semalam.

Difahamkan, bungkusan berkenaan ditemui pekerja kedai itu sebelum perkara terbabit dimaklumkan kepada majikannya.

Pekerja berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Meksu, 23, berkata, dia menemui bungkusan itu di atas gerai yang terletak di luar kedai ketika hendak memulakan operasi perniagaan kira-kira jam 11 pagi.

Katanya, dia kemudian memaklumkan penemuan itu kepada majikannya sebelum pemilik kedai itu mengalihkan bungkusan dan meletakkannya di luar premis kedai.

“Saya tidak buka bungkusan itu, hanya nampak di atasnya tertulis ‘Awas Bom’, kerana bimbang saya beritahu majikan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, polis menerima laporan jam 11.45 pagi sebelum sepasukan anggota Unit Pemusnah Bom (UPB) daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dikejarkan ke tempat kejadian.

Beliau berkata, bungkusan dipercayai terdapat bom buatan itu diletupkan jam 1.15 tengah hari.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat satu botol kaca dipenuhi paku, dua bateri, baja dan kertas surat khabar diisi dalam sebuah kotak tin biskut.

Katanya, pihaknya percaya ia adalah bom buatan sendiri yang boleh meletup sekiranya cuaca panas ditambah keadaan tekanan dalam tin terbabit.

Abd Razak berkata, beliau percaya kejadian tiada kaitan politik namun siasatan diteruskan untuk menentukan tahap keselamatan orang awam.

Beliau dalam pada itu meminta penduduk supaya tidak gusar dan memberi jaminan keselamatan di kawasan itu.

“Polis percaya ia tiada kaitan politik tetapi lebih kepada menimbulkan kegusaran kepada masyarakat menjelang hari pembuangan undi esok.

“Saya beri amaran supaya mana-mana pihak tidak menjadikan perkara ini sebagai satu permainan dan polis akan mengenal pasti mereka yang terbabit,” katanya mengucapkan terima kasih kepada masyarakat prihatin yang segera melaporkan kejadian kepada pihak polis.

Beliau dalam pada itu juga mengingatkan orang awam supaya segera menghubungi polis sekiranya menemui sesuatu yang mencurigakan dan tidak mengalihkannya atas faktor keselamatan.

Ketika operasi semalam, katanya pihak polis terpaksa menutup jalan sepanjang satu kilometer selama 30 minit daripada dilalui orang awam atas faktor keselamatan ketika kerja meletupkan bom buatan dilaksanakan.

Di Kepong, polis mengesahkan menemui satu kotak yang bertulis perkataan bom di luar bilik gerakan DAP di Jinjang Utara, semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis mendapat maklumat berhubung penemuan itu, kira-kira jam 8 pagi.

Beliau berkata, siasatan polis mendapati di dalam kotak tersebut mengandungi tin yang berisi wayar dan objek hitam.

“Kita tidak dapat pastikan lagi adakah itu bom. Cuma hanya ada tulisan bom di luar kotak. Siasatan masih lagi dijalankan,” katanya ketika ditemui di Bukit Aman, semalam.

Beliau berkata, siasatan mendapati individu yang meletakkan objek tersebut cuba mengganggu gugat ketenteraman awam.

“Jangan main-main dengan keselamatan negara. Kami akan pastikan individu bertanggungjawab itu dapat diberkas,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/gempar-bom-ditemui-di-3-lokasi-1.156775
 
tulis ler, awas bom nuklear. lagi ngeri.
 
Xde kaitan politik? Wth?? Tengok la lokasi tu sikit.. Kalau kat tempat bn jumpa benda ni tah berapa lori pemimpin pr kena angkut.
 
kalo betul niat nak letupkan xkan tulis siap2 "AWAS BOM"

:))
 
org DAP sendiri kot yg buat.. :)) :))

tapi...

ini sudah bahaya.....

keselamatan org awam terjejas kerana ketidakstabilan politik di tanah air..
 
Nanti aku lak nk tulis kt kotak " AWAS ATOMIC BOMB ".... baru best!!!
 
ptt nye kne tulis.."awas tiada bom"
mst org caya nye.:))
 
Kalo tk tulis ape2 Org tk panik, terus buang, ni nk mintk perhatian la tu..
 
nak menakutkan pengundi non melayu untuk keluar mengundi...atau menakutkan mereka supaya tak tukar kerajaan...supya mood reformasi 1998 dulu membuatkan pengundi cina solid pada bn, sbb takut jadi huru hara macam indonesia di era zaman kejatuhan suharto dulu..

jiran selang lapan rumah bgtau teori dia jer ni...
 
Back
Top
Log in Register