BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gempa Bumi Lemah Magnitud 3.4 Dikesan Di Bukit Kepong

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
4c286d005d06f9bd1d77a6ebe1abf6ff695093f2258c7

Kredit: MetMalaysia

Gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 dikesan berlaku di Bukit Kepong, Pagoh, pada 8.55 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa bumi itu berpusat pada koordinat 2.4 darjah utara dan 102 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer (km).

“Gempa lemah yang jaraknya 16 km barat daya Pagoh itu tidak memberikan ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut jabatan itu menerusi hantaran di Facebook.

Sementara itu, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan keadaan terkawal dan tiada kemalangan jiwa serta kerosakan harta benda dilaporkan berlaku.

Beliau berkata kerajaan negeri sentiasa mengambil serius soal keselamatan rakyat dan pemantauan rapi sedang dijalankan bersama agensi berkaitan.

“Saya menasihatkan orang ramai agar kekal bertenang, menjauhi struktur yang tidak kukuh serta sentiasa peka dan mematuhi arahan pihak berkuasa,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register