BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gempa Bumi Lemah Landa Temenggor, Perak

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,485
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,485
Reaction score
1,681
Points
201
420618-420618.jpg


Gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 berlaku di Temenggor, Gerik, Perak pada 12.06 tengah malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, gempa itu berlaku pada koordinat 5.5 darjah Utara dan 101.3 darjah Timur, dengan kedalaman 10 kilometer.

#malaysiagazette #gempabumigerik #earthquake

Berita lanjut layari www.malaysiagazette.com
 

Gempa Bumi Lemah Landa Temenggor, Perak​

7f60e1b6314170a9b7a4023cedd2df7b6a90e80aed447

Kredit: Fb Malaysian Meteorological Department

Satu gempa bumi lemah berukuran 3.4 magnitud dikesan berlaku di Temenggor, Gerik, Perak, tengah malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian pada 12.06 pagi itu berlaku pada koordinat 5.5 darjah Utara dan 101.3 darjah Timur.

Menurut MetMalaysia pusat gempa tersebut terletak 9 kilometer (km) timur laut dari Hulu Perak dengan kedalaman 10 km.

“Gegaran turut dirasai di sekitar kawasan Gerik namun tiada ancaman tsunami dikeluarkan,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa tersebut diminta mengisi borang soal selidik yang disediakan oleh MetMalaysia.

MetMalaysia akan terus memantau keadaan itu.

 
makin lama makin dekat

KL high rise/Condo semua tu aku berani gerenti , 99.9% masa buat tak pikir pasal gempa bumi ni...
aku rasa kalau kena gempa bumi kecik2 anak pun kat KL dah cukup utk kesan besar, sebab boleh gerenti hampir semua tak design utk tahan gempa bumi...
 
gempa bumi ni berasal dari belah mane pulak? kan malaysia bukan di atas plate gempa bumi/gng berapi.. selalu kene tempias dari negara jiran jerk
 
gempa bumi ni berasal dari belah mane pulak? kan malaysia bukan di atas plate gempa bumi/gng berapi.. selalu kene tempias dari negara jiran jerk

Kene baca Komen fb ada org explain Malaysia ada lingkaran yg da mati.. tapi hidup balik bila gempa indon..

Sebb tu Johor kene da.. tanda awal lingkaran Malaysia aktif semula
 
Berita ni 2018 da predict



Malaysia bakal dilanda gempa?

Oleh Amin Ridzuan Ishak
[email protected]
A view of the sea
GAMBAR hiasan
ORANG ramai diminta berhenti menyebarkan dakwaan kewujudan garis sesar baharu dikenal pasti pakar geologi dunia yang mungkin menyebabkan Malaysia bakal dilanda gempa bumi.

Ahli Geologi di Institut Geologis Malaysia (IGM), Ahmad Rosli Othman P Geol berkata, ini kerana tiada penemuan seumpama itu direkodkan di Malaysia dan mereka sebagai ahli geologi tempatan seharusnya lebih mengetahuinya berbanding ahli geologi dari luar negara.


Katanya, bukan mudah untuk mengesan sesar baharu kerana ia terletak di bawah tanah dan tidak boleh dicerap begitu sahaja tanpa melakukan kajian terperinci dengan bukti di lapangan.

“Hakikatnya di Malaysia memang mempunyai retakan batuan dipanggil sesar yang sudah lama terbentuk sejak ratusan juta tahun, ia boleh aktif semula atau sebaliknya.

“Jika aktif pun ia berskala kecil yang mungkin disebabkan pelepasan jasad air di empangan atau tegasan plat bumi, apabila berlaku gempa, sesar-sesar baharu akan terbentuk,” katanya ketika dihubungi di Kuantan, hari ini.


Beliau mengulas penularan dakwaan di media sosial yang kononnya pakar geologi dunia mengenal pasti kewujudan garis sesar baharu di Malaysia yang berkemungkinan boleh menyebabkan berlakunya gempa bumi.

Dakwaan itu mula tular selepas kejadian gempa bumi di Sulawesi, Indonesia.

Kenyataan tular itu mendakwa garis sesar baharu berkenaan bermula dari Shah Alam, Selangor ke Bukit Tinggi, Pahang membabitkan jajaran di Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Klang yang padat dengan penduduk.

Sesar baharu kedua pula dikesan merentasi Ranau sehingga Lahad Datu, Sabah dan ketiganya di Selat Melaka ke Manjung, Perak.

Ahmad Rosli berkata, ada tiga sesar utama di Semenanjung Malaysia iaitu sesar Bokbak yang meliputi kawasan dari Perlis sehingga ke Ipoh, Perak, zon sesar Bentong ke Raub, Pahang dan sesar Bebir dari Tumpat, Kelantan ke Johor Bahru, Johor.

“Sesar utama ini secara relatif tidak aktif tetapi ada berlaku gempa berskala kecil yang berkemungkinan disebabkan pelepasan jasad air empangan atau tegasan daripada plat iaitu masing-masing di dua kawasan di Pahang (Bukit Tinggi dan Lepar), Kedah (Baling) dan Terengganu (Kuala Berang).

“Kejadian yang berlaku di Indonesia kerana ia terletak dalam lingkaran api pasifik, memang normal ada gempa bumi, cuma bezanya kuat atau tidak sahaja. Gempa bumi kuat di Sumatera kerana berlakunya pertembungan tektonik yang teruk menghimpit plet kecil,” katanya.

Disiarkan
pada: October 13, 2018 @ 11:10am
 
Back
Top
Log in Register