BTC USD 80,944.5 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gempa Bumi 30 september jam 18:16

Huhu...aku x rasa kat Kelate
Ada sape2 rasa x kat sini Kelate

Currently Active Users Viewing This Thread: 51 (20 members and 31 guests)
bazsh, sekam padi, my4_fit, aKuLaH, EzY-eLoaD, MOD jr., GoldFinger, ngobok, NaZa™, Zul34, ckama33, koqin_karemo, tm1, cmpoi, odgrujahad, cik_kiah, djnaim, iraiqaim, buttercup, armins_eye
 
Gempa Bumi Kuat Di Indonesia, Bangunan Di Semenanjung Turut Bergegar

30 September, 2009 22:19 PM



KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Gempa bumi berskala 7.7 Richter di selatan Sumatera, Indonesia pada pukul 6.16 petang tadi turut dirasai gegarannya di Semenanjung Malaysia sehinggakan ramai yang bergegas keluar dari bangunan, terutama bangunan tinggi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat di semua negeri menerima banyak panggilan daripada orang ramai mengenai gegaran itu sebaik berlakunya gempa itu, bagaimanapun tiada laporan mengenai kemalangan ataupun mangsa terperangkap dalam lif, tetapi kebanyakkan mereka sedang melakukan rondaan bagi memantau keadaan.

Penyunting bahasa Inggeris Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Muharyani Othman yang sedang bertugas di tingkat satu, Wisma Bernama di sini merasakan monitor komputernya tiba-tiba bergegar.

" Saya pegang tepi meja saya dan bertanya kepada rakan berhampiran sama ada ada gempa bumi atau gegaran di mana-mana di rantau ini. Selepas beberapa saat, bangunan Bernama bergoyang lagi, pada masa itu saya lihat ramai rakan sekerja keluar dari bilik berita untuk keluar dari bangunan.

" Saya agak takut, tetapi saya pilih untuk terus menyunting berita. Setengah jam kemudian, saya masih rasa pening kepala kesan gegaran itu," katanya.

Sementara itu pereka dalaman Mohd Rizal Kamaruddin, 36, yang berpejabat di tingkat dua, pusat membeli belah Mid Valley berkata beliau tidak merasai gegaran itu tetapi melihat mereka yang bekerja di tingkat 10 hingga 21 bergegas keluar sebaik sahaja melihat langsir dan peralatan di pejabat mereka bergoyang.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perniagaan Antarabangsa OIC Datuk Dr Raja Mohamad Abdullah yang pejabatnya terletak di tingkat 24 Menara TH Selbourne di Jalan Tun Razak di sini, berkata beliau terkejut apabila keseluruhan bangunan mula bergegar.

" Saya rasa gegaran ketika duduk di bilik saya di tingkat 24, rak buku saya bergoyang, saya dengar bunyi bising di siling," katanya.

Abdul Aziz Minhat, 46, kakitangan kerajaan yang tinggal di kuarters kerajaan Jalan Duta berkata beliau yang sedang berehat selepas pulang dari kerja terkejutkan dengan gegaran yang lebih kuat daripada gegaran sebelum ini.

Bagi Pegawai Perhubungan Awam Menara KL Suhaily Sahad yang berpejabat di tingkat 11, Menara Pan Global, Jalan Puncak pada mulanya ingat beliau mengalami sakit kepala apabila merasa terhuyung-hayang.

"Melihat kepada keadaan peralatan dalam pejabat dilihat bergegar dan bergoyang, semua petugas turun ke luar bangunan sebagai langkah-langkah keselamatan," katanya.

Di KOTA BAHARU, seramai 300 penduduk Kondominium Pelangi Mall panik apabila mendapati rumah mereka bergoyang dan bergegar akibat gempa bumi itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pelangi Mall Najib Baharuddin berkata ketika kejadian itu ramai merasakan diri mereka pening pada awalnya dan hanya mengesyaki bangunan mereka bergoyang setelah beberapa ketika.

Kondominium itu mempunyai tiga menara iaitu menara A, B dan C dengan menara C mempunyai ketinggian 14 tingkat manakala dua menara A dan B mempunyai ketinggian 22 tingkat, katanya sambil menambah mendapati ada sedikit keretakan di bangunan A selepas pemantauan dijalankan.

Di PULAU PINANG, beberapa penghuni hotel di negeri itu mengadu merasai gegaran itu terutama mereka yang tinggal di tingkat yang tinggi, bagaimanapun tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Di JOHOR BAHARU, seorang penyelia di Hotel Selesa, Noraini Juki, 52, ketika ditemui berkata dia merasai gegaran secara tiba-tiba ketika sedang menunaikan solat di tingkat lapan hotel tersebut pada pukul 6.15 petang.

"Ketika itu saya sedang sujud. Saya terus menyegerakan sembahyang sebelum keluar dari bangunan ini dengan kakitangan lain," katanya yang bertugas di hotel tersebut sejak 15 tahun lepas.

Di SHAH ALAM, Ketua Polis Daerah Klang, ACP Mohamad Mat Yusop memberitahu Bernama pihaknya menerima 30 panggilan kecemasan daripada penduduk di sekitar Klang termasuk dari Pelabuhan Klang, Pandamaran, Sungai Kandis, Johan Setia dan Kapar petang tadi.

Bagaimanapun tiada insiden yang diingini atau kecederaan dilaporkan berlaku, katanya.

Sementara itu Pengurus Perhubungan Awam Westports Malaysia Sdn Bhd, Martin Soosay yang beroperasi di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang berkata kakitangan syarikat itu turut merasai gegaran tersebut tetapi keadaan terkawal dengan pihak keselamatan syarikat itu mengarahkan kakitangan mengosongkan bangunan untuk sementara waktu dan berkumpul di satu tempat yang selamat.

Sementara seorang kakitangan syarikat perkapalan di Bayu Perdana, Klang Roslinda Mohd Tauhid berkata, "Gegaran kali ini agak kuat, hinggakan meja saya dan air di dalam botol kelihatan bergoyang dan gegaran dirasai selama kira-kira 10 minit."

-- BERNAMA
 
kat PJ bangunan tingkat8.. mmg terasa.. tetiba je rasa pening masa tgh menghadap laptop ni..
 
aku kat opis tadi kat pj... kerusi aku gegar sikit tapi aku buat tak tahu je, lepas tu baru member2 bagitau ada gempa bumi
 
semasa saya mengambil isteri saya dari tempat kerjanya, beliau ada bertanya pada saya mengenai perasaan dia yang tiba-tiba goyang...beliau menceritakan bahawa kawan-kawannya pun terasa begitu jua. tapi saya yang semasa itu berada di dalam kereta sambil menunggu dia tidak merasa apa-apa pun. adakah mungkin disebabkan absorber kereta saya yang agak keras?

p/s: jangan biarkan diri anda diselubungi misteri...goyang goyang ah, goyang goyang uh...

maklumat tambahan: kami berada di pelabuhan klang semasa itu
 
saya tak rasa apa-apa sebab tengah berenang kat swimming pool masa tu wakakaka
 
Malaysia kita pun dah mcm negara luar..terasa gempa..mungkin negara kita nih dah terlalu ramai manusia lupa tanggungjawab pada Allah..

takut nya..:-SS:-SS
 
Malaysia kita pun dah mcm negara luar..terasa gempa..mungkin negara kita nih dah terlalu ramai manusia lupa tanggungjawab pada Allah..

takut nya..:-SS:-SS

ikut kata pakar titik gempa dah makin menghampiri malaysia sebab sellau berlaku gempa kat indon...malaysia mungkin jadi macam indon dalam masa 25 tahun lagi #:-S
 
den tak rasa pun sbb masa tu dalam stadium putra bukit jalil tgk tenis :D
 
Back
Top
Log in Register