BTC USD 84,004.1 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gempa Bumi 30 september jam 18:16

patut le lps balik keja, baring jap atas katil... rasa katil bergoyang... ingat ada org gegar katil, sempat intai bawah katil jap ingat ada orng...
 
ramai yang mati kat sana ... sampai ombak berlaku 4 kali ... tkt aku
 
ramai yang mati kat sana ... sampai ombak berlaku 4 kali ... tkt aku

indon ke? last2 indon x jadi ganyang malaysiaaa.. nanti mintak bantuan kemanusiaan dr pelajar perubatan malaysia kat sana.... :D:D:D

ciannye indon.. konon2 nk dtg ganyang malaysia, last2 negara snirik kena ganyang ngan gempa bumi...:D:D:">
 
Gempa bumi kuat gegarkan Sumatera, musnahkan bangunan besar

Gempa bumi kuat gegarkan Sumatera, musnahkan bangunan besar

JAKARTA: Satu gempa bumi kuat dengan magnitud 7.9 menggegarkan Sumatera, Indonesia sebentar tadi, memusnahkan bangunan-bangunan besar dan mula mencetuskan kebakaran di Padang, demikian menurut laporan dan ahli-ahli geologi.

"Sebilangan hotel di padang telah musnah," kata ketua amaran tsunami bagi agensi geofizik dan metereologi, Rahmat Triyono.

Bagaimanapun katanya, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Agensi AFP melaporkan, Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii bagaimanapun telah mengeluarkan amaran tsunami bagi Indonesia, Malaysia, India dan Thailand, namun ia dibatalkan selepas itu.

"Sehingga sekarang, kita belum boleh menghubungi Padang, komunikasi telah terputus," kata Triyono.

Menurut agensi tersebut dalam laman webnya, gempa tersebut berlaku pada pukul 5.16 petang waktu tempatan (6.16 petang waktu Malaysia) yang melanda kawatan laut di wilayah Sumatera Barat.

Saluran berita tempatan, Metro TV melaporkan, kebakaran berlaku di tengah serpihan bangunan di Padang yang didiami kira-kira 900,000 penduduk. Para penduduk bertempiaran lari ke jalan-jalan apabila gempa tersebut melanda.

Tidak ada sebarang laporan segera berhubung kematian atau kecederaan.

Gempa bumi itu turut dirasai di Jakarta yang terletak kira-kira 940 km dari Padang.

Sementara itu, Bernama melaporkan gempa bumi tersebut turut menyebabkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Jabatan Meteorologi sedang memantau keadaan dengan rapi.

Di sekitar Lembah Klang, orang ramai kelihatan bergegas keluar daripada pejabat dan bangunan tinggi ekoran gegaran itu.
 
indon ke? last2 indon x jadi ganyang malaysiaaa.. nanti mintak bantuan kemanusiaan dr pelajar perubatan malaysia kat sana.... :D:D:D

ciannye indon.. konon2 nk dtg ganyang malaysia, last2 negara snirik kena ganyang ngan gempa bumi...:D:D:">

agak2 jadik tak dorang mengganyang???:D
mintak dijauhkan dr bala tsunami.... Allahuakhbar!!!
 
blom sempat nak 'sapu m'sia'...tup² negara sendiri yg kena sapu....ambik habuan
 
kuala ganu line clear...Alhamdulillah :)...aku dah risau kat mak aku kat kl nih ...aduyai!!!
 
Back
Top
Log in Register