BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gangguan Selat Hormuz Ancam Bekalan Tenaga, Makanan Global

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
ed74eef14087fbfa46f4345c0fc9476169c9d82f144a2

--REUTERS

Ketegangan geopolitik di  Asia Barat membabitkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran meningkatkan risiko gangguan di laluan kritikal seperti Selat Hormuz, sekali gus berpotensi mengancam bekalan tenaga dan makanan global.

Dekan Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Ir Dr Mohd Zainal Abidin Ab Kadir berkata laluan strategik seperti Selat Hormuz, Selat Melaka dan Terusan Suez bukan sekadar saluran perdagangan, sebaliknya merupakan “nadi utama” yang menyokong lebih 80 peratus aliran perdagangan dunia.

Beliau berkata sebarang gangguan, konflik atau sekatan di titik sempit maritim utama dunia itu, khususnya Selat Hormuz, bukan sahaja menjejaskan sektor logistik, malah turut memberi kesan kepada inflasi, dasar fiskal serta kestabilan sosial di pelbagai negara.

“Titik sempit maritim merupakan komponen kritikal dalam sistem ekonomi global dengan lebih 80 peratus perdagangan dunia bergerak melalui laut, menjadikan sebarang gangguan di laluan ini sebagai risiko sistemik yang boleh mencetuskan kesan meluas terhadap tenaga, makanan dan kestabilan ekonomi global.

“Apabila berlaku gangguan di titik sempit ini, kesannya bukan hanya kepada logistik tetapi merebak dengan pantas kepada harga tenaga, kos makanan dan kestabilan ekonomi global,” katanya kepada Bernama.

Beliau mengulas kepentingan Selat Hormuz, laluan laut sempit maritim antara Teluk Parsi dan Laut Arab yang menjadi nadi utama perdagangan minyak dunia, yang kini berisiko terjejas susulan konflik bersenjata melibatkan Iran, Amerika Syarikat dan Israel.

Untuk rekod, hampir 20 peratus perdagangan minyak mentah dunia melalui selat itu setiap hari dan sekiranya berlaku gangguan akibat peperangan, kapal tangki besar berkemungkinan tidak dapat keluar membawa minyak dari negara pengeluar utama seperti Arab Saudi, Kuwait, dan Iraq.

Mengulas lanjut, Mohd Zainal Abidin berkata insiden di Laut Merah dan Terusan Panama sebelum ini membuktikan bagaimana tekanan terhadap rantaian bekalan boleh berlaku secara mendadak, sekali gus meningkatkan kos penghantaran dan insurans.

 
Back
Top
Log in Register