kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,716
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,716
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Pengarah Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Dr Norasikin Ahmad Ludin
Penutupan Selat Hormuz susulan konflik Amerika Syarikat dan Iran perlu dilihat sebagai ujian terhadap ketahanan sistem tenaga negara serta peluang mempercepat reformasi sektor tenaga, bukannya alasan untuk menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat.
Pengarah Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Dr Norasikin Ahmad Ludin berkata situasi semasa menunjukkan bahawa keselamatan tenaga bukan lagi sekadar isu harga bahan api, sebaliknya melibatkan keupayaan negara memastikan ketersediaan bekalan secara berterusan dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik global.
"Kemampuan membeli tanpa jaminan bekalan akan mengakibatkan pasaran gelap, gangguan perkhidmatan awam dan yang paling membimbangkan ialah krisis kepercayaan rakyat terhadap kerajaan," katanya kepada Bernama.
Justeru, beliau berpendapat strategi keselamatan tenaga negara perlu dilaksanakan secara berfasa meliputi langkah jangka pendek, sederhana dan panjang bagi memperkukuh daya tahan sistem tenaga nasional.
Norasikin berkata dalam tempoh jangka pendek, kerajaan perlu menumpukan kepada langkah menstabilkan sistem tenaga domestik, termasuk melanjutkan operasi loji arang batu berkecekapan tinggi sebagai sumber sandaran serta mengoptimumkan penggunaan teknologi untuk meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api.
Beliau berkata pelaksanaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam sektor logistik dan Sistem Trafik Pintar (ITS) boleh membantu mengurangkan pembaziran bahan api serta meningkatkan kecekapan rantaian bekalan, manakala strategi kewangan seperti lindung nilai bagi import minyak dan gas asli cecair (LNG) penting bagi mengelakkan kejutan harga yang boleh menjejaskan fiskal negara.
Dalam jangka sederhana, Norasikin berkata Malaysia perlu mempercepat pembangunan sumber tenaga tempatan dan memperluas integrasi tenaga serantau bagi mengurangkan kebergantungan kepada import bahan api.
Antara langkah utama yang dicadangkan termasuk memperluas rangkaian Grid ASEAN, meningkatkan penggunaan biodiesel B30 dan B40, serta mempelbagaikan sumber import gas asli cecair dari negara alternatif seperti Australia dan Papua New Guinea bagi memperkukuh keselamatan bekalan tenaga.
Krisis Selat Hormuz: Peluang Percepat Reformasi Tenaga, Bukan Alasan Panik
reformasi tenaga, Selat Hormuz, peluang, kemampuan