BTC USD 83,356.5 Gold USD 4,124.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Game ping pong

Baru perasan aku ada pos kat sini ... haha ... panjang lebor benor aku menaip ...
Aku masih lagi aktif main ping pong sebagai ayam belasahan ...
Majulah sukan ping pong untuk negara ...
 
Last edited:
China Sapu Bersih Kejohanan Ping Pong Berpasukan Dunia

SHAH ALAM, 6 Mac - China merangkul Kejohanan Ping Pong Berpasukan Dunia (WTTC) 2016 buat kali kelapan berturut-turut selepas mengalahkan Jepun 3-0 pada final acara lelaki di Stadium Malawati di sini, malam ini

Kejuaraan tersebut merupakan kali ke-20 buat kedua-dua pasukan lelaki dan wanita China dalam kejohanan dunia itu selepas pasukan wanita negara itu turut mencatatkan keputusan sama dengan Jepun pada final sebelum ini

Dalam final lelaki, pemain nombor tiga dunia, Xu Xin membuka langkah dengan menewaskan Jun Mizutani 11-6, 11-8 dan 11-8 sebelum pemain nombor satu dunia, Ma Long memperkukuhkan kedudukan dengan mengalahkan Maharu Yoshimura 11-3, 11-8 dan 11-6

Pada perlawanan ketiga, pemenang pingat emas Sukan Olimpik London 2012, Zhang Jike mengesahkan kejuaraan milik China apabila mengalahkan Yuya Shima 9-11, 11-8, 11-6 dan 11-7

Perlawanan akhir itu disaksikan lebih 10,000 penyokong China yang dibawa oleh penaja utama kejohanan, Perfect China Company

Sementara itu, Korea Selatan dan England merangkul pingat gangsa selepas masing-masing kalah kepada China dan Jepun di peringkat separuh akhir semalam

Hadiah disampaikan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai

Sejumlah 91 pasukan lelaki dan 81 pasukan wanita dari 99 negara mengambil bahagian dalam kejohanan seminggu yang dihoskan oleh Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM)
 
Oleh Tengku Danish Bahri
17 Dis 2016 22:14

ASHRAF PERTAHAN GELARAN DI KEJOHANAN PING PONG MALAYSIA

Pemain Kuala Lumpur, Muhd Ashraf Haiqal Rizal, mengekalkan kejuaraan acara perseorangan lelaki Kejohanan Ping Pong Malaysia Ke-53, selepas menewaskan pemain Selangor, Leong Chee Feng, dalam aksi akhir di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, petang tadi.

Muhd Ashraf mempamerkan corak permainan agresif pada penghujung perlawanan untuk menang 12-10, 11-9, 12-10, 4-11, 11-2, sekaligus memaksa Chee Feng melupakan hasrat membalas kekalahan final tahun lalu.

Kemenangan Muhd Ashraf sedikit mengubat kegagalannya yang tewas dalam acara beregu lelaki selepas gandingannya bersama Wong Chun Cheun tunduk 5-11, 10-12, 7-11 kepada beregu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Muhd Shakirin Ibrahim dan Chai Kian Beng.

Acara perseorangan wanita pula menampilkan juara baru selepas pemain Selangor, Ting Hie Phin, mengatasi rakan sepasukannya, Lee Rou You, dalam aksi sengit yang berlanjutan ke set penentuan sebelum menang 11-9, 13-11, 11-7, 12-14, 14-16, 1-11, 11-5.

Hie Phin dan Rou You turut menguasai acara beregu wanita selepas pasangan itu menewaskan gandingan Amanda Wong Ee Ling-Kuan E Xian 8-11, 11-4, 11-6, 11-8.

Kemenangan itu diteruskan Hie Phin dalam acara beregu campuran selepas gandingannya bersama Choong Javen menang 13-11, 10-12, 14-12, 11-7 ke atas Chee Feng-Rou You.

Perlawanan akhir acara berpasukan lelaki dan wanita akan berlangsung, pagi esok.

http://www.stadiumastro.com/ms/arti...an-gelaran-dalam-kejohanan-ping-pong-malaysia
 
Back
Top
Log in Register