BTC USD 62,866.7 Gold USD 4,317.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[Gambar] MCA yang "memakmurkan" rumah Allah

kuhik

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,519
Paid Membership
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
57f05f4d7a5f8dafa7f56a6dc4a8a6f2.jpg


4842ecf366c40d663efafb84e9bbbbe8.jpg


1770478cec44dbd5b3ae2f99a288fd7c.jpg

Keluarga empat remaja yang ditahan berhubung kes simbah cat dan baling botol arak di Surau Taman Pulai Impian di Seremban, memohon maaf kepada masyarakat Islam atas perbuatan anak mereka.

Cheng Kok Foo, 38; Wong Seow Wai, 43; Loh Teck Ai, 53 dan Leong Foong Kuen, 53, masing-masing memohon maaf dan bersalaman dengan pengerusi jawatankuasa surau itu, Mohd Hasbi Ismail, dalam satu pertemuan anjuran MCA Negeri Sembilan di surau itu, pagi ini.

Turut hadir, pengerusi MCA Negeri Sembilan, Datuk Dr Yeow Chai Thiam dan ketua Umno Cawangan Taman Panchor Jaya, Arshad Jawi.

Ibu bapa kepada empat suspek itu memohon maaf kepada seluruh umat Islam, khasnya di taman perumahan itu, di atas perbuatan anak mereka yang telah menyinggung perasaan umat Islam.

Mereka melahirkan rasa kesal dan dukacita dengan kejadian itu yang mereka anggap sebagai satu kesalahan besar.

Mohd Hasbi pula berkata, beliau dengan rasa hati terbuka menerima permohonan maaf itu.

"Saya harap selepas ini mereka dapat membentuk dan mengubah sikap anak mereka agar perkara ini tidak berulang. Nasihatkan mereka jalan yang benar terutama sekali dalam soal agama kerana ia cukup sensitif," katanya.

Katanya, beliau menghormati usaha yang dilakukan oleh MCA kerana ia telah dapat meredakan ketegangan kaum.

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku ke atas mana-mana rumah ibadat. Isu ini adalah isu sensitif yang telah menyinggung perasaan umat Islam di negara ini," katanya.

Yeow berkata, beliau merasa bertanggungjawab untuk menenangkan keadaan.

"Demi perpaduan kaum, saya mengatur pertemuan ini supaya mereka yang terbabit memohon maaf. Perkara ini berlaku kerana empat suspek terbabit tidak faham dan tidak sangka perkara ini sensitif. Ini adalah satu pengajaran agar kita sentiasa meningkatkan perpaduan di antara kaum," katanya.

Yeow berkata, MCA akan menganjurkan majlis berbuka puasa Jumaat ini di surau tersebut di mana kira-kira 500 jemputan dari pelbagai kaum dijangka hadir.

Selasa lalu, polis menahan empat remaja berusia 16 dan 18 tahun untuk membantu siasatan polis berhubung kejadian itu. Mereka kini ditahan reman selama empat hari.

- Bernama
 
UMNO begitu mudah memaafkan MCA yang simbah cat kat surau atas alasan 4 suspek itu TIDAK SANGKA IA ADALAH ISU SENSITIF?

simbah cat pada masjid, masih takleh fikir itu adalah isu sensitif? dan UMNO boleh pula dengan hati terbuka memaafkan Cina yang simbah cat.

kalau DAP yang datang beri bantuan kepada rumah Allah pun dihentam oleh pencacai UMNO, tapi MCA yang jelas nak menjahanamkan rumah Allah diberi kemaafan pula?


p/s : Melayu yang bakar gereja pun masuk jail..
 
Kroni buat salah lagu mana pun boleh kawtim punya...janji pastikan depa terus dalam barisan
 
harap mido sebagai pencacai MCA boleh beri penjelasan.
 
budak yg simabh cat sama botol arak tu org MCA ke....sishh belum cukup umur nak berpolitik lagi....

cam ne pulak TT ni tau budak2 cina tu ahli MCA..perghh teror betul la

memang btl2 teror ...ada unit CSI...kat umah dia ni kot
 
Last edited:
panaslah thread ni......
 
simbah balik cat kat tokong dia pastu minta maaf ok tak
 
nice...
MCA simbah cat baling botol arak...
DAP plak komplen azan tu memekak...
bagus, dua2 patut kena libas...
 
Back
Top
Log in Register