BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MCA Masih Bersama BN - Wee

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,421
Joined
Dec 18, 2007
Messages
23,421
Reaction score
321
Points
141
396ed34d1961966c0341958045abf2306969f87955888

President MCA Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong (tengah), Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan (empat kiri) dan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Seri Arthur Joseph Kurup (empat kanan) hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menegaskan bahawa MCA masih bersama Barisan Nasional (BN), sebagai antara pengasas gabungan itu.

“Untuk MCA, kami adalah pengasas Barisan Nasional. Oleh itu, parti pengasas ini masih terus bersama,” katanya kepada pemberita selepas ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 di sini, hari ini.

Terdahulu, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapannya mengajak semua pihak  yang “merajuk” untuk kembali memperkukuh kekuatan BN.

Sebelum ini, MCA menegaskan kesediaannya menilai semula kedudukan strategik dalam BN sekiranya UMNO bekerjasama secara khusus dengan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Mengulas mengenai ucapan Ahmad Zahid, Wee berkata usaha memperkukuh parti perlu dilihat sebagai satu proses membina semula keyakinan dan sokongan rakyat.

Beliau berkata bagi MCA, parti itu akan bekerja keras untuk menarik kembali sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

 
Back
Top
Log in Register