BTC USD 83,163.1 Gold USD 4,126.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gambar : Benda Pertama Di Dunia

Camel - Rokok Pertama Di Dunia

1251457837_i-74.jpg


"Old Joe" merupakan brand rokok yang pertamakali muncul didunia dan pertama kali muncul pada perusahaan rokok RJ Reynolds (Richard Joshua Reynolds) pada tahun 1913.



rjreynoldsportrait.JPG


Camel - Salah satu brand rokok, yang diakui dunia dan telah menjadi standard kualiti antarabangsa.

Kronologi industri tembakau Amerika dan sampai hari ini dibagi kepada dua waktu utama iaitu sebelum "Camel" dan setelah "Camel".

Pencipta Camel adalah RJ Reynolds Tobacco Company (RJR), Richard Joshua Reynolds turun dalam sejarah tidak hanya sebagai seorang pengusaha yang berjaya, tetapi juga sebagai pemasar berbakat.


Joe+Camel.jpg



Waktu prime time Joe Camel semestinya dari tahun 1987 sampailah 12 Julai 1997.

Untuk pengetahuan, brand 'Camel' ni dah bermula dari tahun 1913 lagi dan timbulnya idea untuk gunakan watak ni disebabkan nak meraikan ulangtahun ke 75 penubuhannya.

Menurut The New York Times pulak "Joe Camel" sebenarnya berasal dari Europe dan karikatur unta tu dicipta pada tahun 1974 oleh artis British, Billy Coulton.

Pada asalnya, ia dicipta untuk kempen pengiklanan yang dijalankan di banyak negara.

"Joe Camel" akhirnya mula diperkenalkan kat USA dalam pelbagai bentuk medium pengiklanan dan tak tertakluk pada cetakan kat kotak rokok Camel sahaja.

Watak Joe Camel boleh ditemui kat iklan majalah, cenderahati, poster, billboard, pakaian (termasuklah baju Rayon Triblend Joe Camel, T-shirt Joe Camel kain 50-50), etc.

Maskot Joe Camel ni kadangkala memakai sunglasses wayfarer kat sesetengah iklan.

Gambar kat bawah ni menunjukkan sebahagian kempen pengiklanan yang dijalankan R.J.Reynolds dan bagaimana mereka berjaya sebatikan brand Camel ni dalam kehidupan masyarakat pada masa tu.

Joe+Camel+%25281%2529.jpg



Kontroversi melanda...

Dipendekkan cerita, kontroversi pun akhirnya menjengah jua.

Pada tahun 1991, Journal of the American Medical Association telah menerbitkan satu kajian yang menunjukkan kanak-kanak bermula usia 6 tahun dah boleh bagi respond yang tepat bila diajukan pertanyaan pasal maskot Joe Camel.

Maksudnya, kalau time tu kita tunjukkan Joe Camel kat budak-budak umur 6 tahun, diorang dengan mudahnya kaitkan Joe Camel dengan rokok, samalah macam diorang kaitkan logo Disney Channel dengan Mickey Mouse.

Daripada penemuan ni, ada kemungkinan yang kempen Joe Camel ni secara tak langsung sebenarnya di'target' untuk golongan kanak-kanak jugak.

Waktu itu, R.J. Reynolds jelaskan bahawa kempen mereka ni sebenarnya untuk target golongan dewasa sahaja termasuklah smokers yang gunakan brand lain.

Pada masa tu, ada anggaran yang menunjukkan bahawa, daripada jumlah rokok yang dijual secara illegal / haram kepada pembeli bawah umur, 32.8% daripadanya ialah rokok brand Camel.

Rentetan daripada tu, American Medical Association telah menyuruh R.J.Reynolds untuk menghentikan kempen Joe Camel.

Sehinggalah seorang wanita, Janet Mangini membawakan kes yang mendakwa perokok remaja menyumbang USD 476 juta.

Akhirnya pada Julai 1997, selepas pelbagai tekanan ekoran daripada dakwaan Mangini, Congress USA dan pelbagai NGO, R.J. Reynolds akhirnya mengumumkan yang mereka akan menghentikan kempen Joe Camel.

Bermula dari detik tu lah, dah takde lagi kempen yang pakai maskot Joe Camel sebaliknya digantikan dengan logo Camel (pandangan sisi) yang masih kita boleh jumpa sampai la hari ni.

camel_pack_flat_old_sm.jpg



Sumber : Cari
 
CD yang pertama di dunia

de.jpg


Cakera Digital (CD) atau Cakera Padat pertama yang dicetak (pressed) untuk dijual di Amerika Syarikat adalah ‘Born In The U.S.A’, album dari Bruce Springsteen pada 1984.
 
sib baik x letak kamera pertama didunia :))
 
sgt menarik.. terima kasih TT ats segala info yg dikongsi.. :)
 
train203_print.jpg


Tahukah anda, kelajuan kereta api pertama di dunia hanya pada 8km/jam iaitu jauh lebih perlahan

daripada kebanyakan basikal hari ini yang rata-ratanya berkelajuan lebih kurang 30km/jam.
 
Motor pemadam kebakaran pertama di dunia

Kalau kereta atau lori pemadam kebakaran, mungkin sudah menjadi hal yang lumrah dan biasa untuk memadamkan kebakaran di suatu tempat.

Akan tetapi, kalau motor pemadam kebakaran, inilah hal yang baru dan tidak biasa dilakukan di dunia.

Baru-baru ini di England, dua motor pemadam kebakaran akan mulai di operasikan.

Motor tersebut akan berfungsi layaknya mobil pemadam kebakaran pada umumnya, namun kerana ini adalah motor, maka hanya mengurusi kebakaran yang bersifat dalam skala kecil.



VJdbTVcczw.jpg



Motor pemadam kebakaran yang saat ini masih dalam tahap di uji adalah dua motor RT1200 yang telah dipasang dua buah tanki yang memuat 25 liter air, dan paip bercabang sepanjang 30 meter, yang boleh mengeluarkan air dan buih.

Campuran dari buih dan air dirancang untuk mematikan api dengan cepat.
 
Back
Top
Log in Register