Camel - Rokok Pertama Di Dunia
"Old Joe" merupakan brand rokok yang pertamakali muncul didunia dan pertama kali muncul pada perusahaan rokok
RJ Reynolds (Richard Joshua Reynolds) pada
tahun 1913.
Camel - Salah satu brand rokok, yang diakui dunia dan telah menjadi standard kualiti antarabangsa.
Kronologi industri tembakau Amerika dan sampai hari ini dibagi kepada dua waktu utama iaitu sebelum
"Camel" dan setelah
"Camel".
Pencipta Camel adalah
RJ Reynolds Tobacco Company (RJR),
Richard Joshua Reynolds turun dalam sejarah tidak hanya sebagai seorang pengusaha yang berjaya, tetapi juga sebagai pemasar berbakat.
Waktu prime time Joe Camel semestinya
dari tahun 1987 sampailah 12 Julai 1997.
Untuk pengetahuan, brand 'Camel' ni dah bermula dari tahun 1913 lagi dan timbulnya idea untuk gunakan watak ni disebabkan nak meraikan ulangtahun ke 75 penubuhannya.
Menurut The New York Times pulak "Joe Camel" sebenarnya berasal dari Europe dan karikatur unta tu dicipta pada tahun 1974 oleh artis British,
Billy Coulton.
Pada asalnya, ia dicipta untuk kempen pengiklanan yang dijalankan di banyak negara.
"Joe Camel" akhirnya mula diperkenalkan kat USA dalam pelbagai bentuk medium pengiklanan dan tak tertakluk pada cetakan kat kotak rokok Camel sahaja.
Watak Joe Camel boleh ditemui kat iklan majalah, cenderahati, poster, billboard, pakaian
(termasuklah baju Rayon Triblend Joe Camel, T-shirt Joe Camel kain 50-50), etc.
Maskot Joe Camel ni kadangkala memakai sunglasses wayfarer kat sesetengah iklan.
Gambar kat bawah ni menunjukkan sebahagian kempen pengiklanan yang dijalankan R.J.Reynolds dan bagaimana mereka berjaya sebatikan brand Camel ni dalam kehidupan masyarakat pada masa tu.
Kontroversi melanda...
Dipendekkan cerita, kontroversi pun akhirnya menjengah jua.
Pada tahun 1991, Journal of the American Medical Association telah menerbitkan satu kajian yang menunjukkan kanak-kanak bermula usia 6 tahun dah boleh bagi respond yang tepat bila diajukan pertanyaan pasal maskot Joe Camel.
Maksudnya, kalau time tu kita tunjukkan Joe Camel kat budak-budak umur 6 tahun, diorang dengan mudahnya kaitkan Joe Camel dengan rokok, samalah macam diorang kaitkan logo Disney Channel dengan Mickey Mouse.
Daripada penemuan ni, ada kemungkinan yang kempen Joe Camel ni secara tak langsung sebenarnya di'target' untuk golongan kanak-kanak jugak.
Waktu itu, R.J. Reynolds jelaskan bahawa kempen mereka ni sebenarnya untuk target golongan dewasa sahaja termasuklah smokers yang gunakan brand lain.
Pada masa tu, ada anggaran yang menunjukkan bahawa, daripada jumlah rokok yang dijual secara illegal / haram kepada pembeli bawah umur,
32.8% daripadanya ialah rokok brand Camel.
Rentetan daripada tu, American Medical Association telah menyuruh R.J.Reynolds untuk menghentikan kempen Joe Camel.
Sehinggalah seorang wanita,
Janet Mangini membawakan kes yang mendakwa perokok remaja menyumbang
USD 476 juta.
Akhirnya pada
Julai 1997, selepas pelbagai tekanan ekoran daripada dakwaan Mangini, Congress USA dan pelbagai NGO, R.J. Reynolds akhirnya mengumumkan yang mereka akan menghentikan kempen Joe Camel.
Bermula dari detik tu lah, dah takde lagi kempen yang pakai maskot Joe Camel sebaliknya digantikan dengan logo Camel (pandangan sisi) yang masih kita boleh jumpa sampai la hari ni.
Sumber : Cari