BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gajah dikesan berkeliaran berhampiran bandar Jerantut

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
Gajah dikesan berkeliaran berhampiran bandar Jerantut


JERANTUT: Seekor gajah yang pernah mengganggu penduduk dekat Kampung Som di sini sejak tahun lalu, dilihat cuba memasuki kawasan kuarters Klinik Kesihatan Jerantut di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Rozidan Md Yassin berkata, jabatan itu menerima laporan mengenai kehadiran gajah itu jam 10.15 pagi tadi.

Menurutnya, berdasarkan maklumat itu pegawai PERHILITAN melakukan pemantauan dan mengesan seekor gajah di kawasan hutan berhampiran kuarters itu.

Katanya, pemerhatian awal mendapati gajah itu disyaki mamalia sama dikesan di kawasan Kampung Som.

"Pegawai PERHILITAN sudah melakukan pemeriksan dan mengesan jejak gajah itu.

"Anggaran saiz tapak kaki gajah itu lebih 35 Sentimeter dan turut ditemui ialah najis mamalia terbabit di sekitar kawasan hutan," katanya.

Rozidan berkata, pihak berkuasa mengesahkan wujudnya pergerakan gajah di kawasan terbabit dan menasihatkan penduduk sekitar supaya berwaspada.

Katanya, berdasarkan siasatan juga PERHILITAN mengesahkan sehingga kini hanya seekor gajah di kesan di kawasan itu.

"Pemantau dan usaha menangkap gajah itu sedang dilakukan untuk dipindahkan ke habitat lebih selamat.

"Susulan kewujudan gajah ini, orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati dan segera memaklumkan kepada Perhilitan jika mengesan kehadiran mamalia itu." katanya.

Artikel : Berita Harian



14056708952722749-320599.jpg

14056708952722749-320600.jpg

14056708952722749-320601.jpg

14056708952722749-320602.jpg
 
Back
Top
Log in Register