BTC USD 84,458.3 Gold USD 4,275.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Frozen 2 KOMPOM!

anak aku layan berpuluh kali...kat rumah, dari selipar, selimut, pensil box, payung semua frozen..
 
09frozen_1575865713.jpg


Pelakon tiba pada tayangan perdana filem ‘Frozen 2’ pada November lalu di London. - Foto AFP
​
'Frozen 2' dominasi carta pecah panggung Amerika Utara


LOS ANGELES : Filem animasi ‘Frozen 2’ mendominasi carta pecah panggung untuk minggu ketiga berturut-turut, selepas meraih AS$34.7 juta (RM144.47 juta) di Amerika Utara.

Penjualan tiket berkenaan, pengurangan sebanyak 60 peratus daripada jualan ketika Thanksgiving membantu melonjakkan hasil jualan tiket tempatan kepada AS$337 juta (RM1.4 bilion).

Frozen 2 menghasilkan AS$130 juta (RM541 juta) pada minggu pertama dan sejumlah AS$123 juta (RM512 juta) pada minggu berikutnya, sekali gus meletak tanda aras baru untuk Animasi Disney.

Ia kini adalah filem ketiga memenangi carta pecah panggung selama tiga minggu berturut-turut, di belakang ‘Glass’ dan ‘Avengers: Endgame’.

Sementara itu di luar negara, Frozen 2 terus memukau penonton dengan menghasilkan AS$1 bilion (RM49 bilion) di persada pecah panggung peringkat global.

Ia bermakna sekuel kepada Frozen itu meraih AS$90 juta (RM374 juta) di peringkat antarabangsa sepanjang minggu lalu dan keseluruhan AS$920 juta (RM3.8 bilion) secara global.

Frozen 2 dijangka menyertai senarai kutipan bilion dolar tidak lama lagi dan tampil sebagai filem keenam milik Disney yang berjaya mencecah tahap itu. - Agensi


 
My girlfriend is waiting to see her with me at the cinema, that movie doesn't attract my attention at all.
 
Back
Top
Log in Register