BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Filem Blockbuster Animasi China "Ne Zha 2" Ditayang Di Pawagam Malaysia

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,162
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,162
Reaction score
346
Points
141
0f1cf5b11784d2362f7ddcfd3625951b67cd16bacc8e7

KUALA LUMPUR, 8 Mac 2025 (Xinhua) -- Orang ramai bergambar semasa tayangan perdana filem animasi Cina "Ne Zha 2" di Kuala Lumpur, Malaysia, 8 Mac 2025. Tayangan perdana "Ne Zha 2" dilangsungkan pada Sabtu di Malaysia. Tayangan rasmi di Malaysia adalah pada 13 Mac. (Xinhua/Cheng Yiheng)

Filem blockbuster animasi China "Ne Zha 2" ditayang di pawagam Malaysia di Menara Berkembar di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia, pada Sabtu, lapor Xinhua.

"Filem China semakin popular di pasaran Malaysia," kata Tan Cheong Tatt, ketua pegawai operasi TGV Cinemas, semasa majlis tayangan perdana itu.

TGV Cinemas adalah antara rangkaian pawagam utama di Malaysia. Tan Cheong Tatt menyatakan kualiti pengeluaran filem animasi China telah meningkat dengan ketara berbanding dahulu.

Acara itu menarik lebih 1,000 hadirin, termasuk wakil budaya dan media dari Malaysia dan China, serta peminat tempatan.

Tan Chiew Huong, seorang peminat tempatan, berkata selepas tayangan, "setiap babak memaparkan kesan visual yang menakjubkan, seindah cerita dongeng."

"Filem ini benar-benar hebat. Saya menangis beberapa kali semasa adegan paling emosional," kata Swee Kai Lit, seorang lagi peminat tempatan, kepada Xinhua.

Pengarah Urusan Encore Films Pte. Ltd, Joyce Lee, menyifatkan filem itu dihasilkan dengan teliti, dengan kesan visual canggih yang memikat penonton.

"Tularan filem ini di media sosial menunjukkan potensi pasaran yang kukuh di sini," ujar Joyce Lee.

Beliau menambah filem menjadi jambatan penting pertukaran budaya, dan penonton pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia akan memahami budaya Cina dengan lebih mendalam melalui kisah itu.

 
1000509962.jpg


Ne Zha 2 (2025)

Disney Dah Boleh Bungkus Ikat Tepi, Animasi Dari Asia Kini Mendoniaaa!

- Akhirnya dapat jugak menonton filem paling viral tahun ni yang katanya kutipan dah cecah USD2 Billion hanya di China sahaja!

- Dan filem ni jugak bakal mencantas kutipan filem-filem Disney yang lain!

- Sebelum menonton Ne Zha 2, aku sempat melayan filem pertamanya yang keluar pada tahun 2019.

- Aku rekomen untuk korang tengok yang pertama dahulu sebab sekuel ini dia sambung terus, tak ada gap beberapa tahun pun.

- Ne Zha merupakan seorang anak kecil yang juga merupakan sejenis Demon Orb yang sangat nakal.

- Dalam filem ini Ne Zha perlu bergabung dengan Ao Bing, Spirit Pearl yang juga merupakan anak kepada Ao Guang, Dragon King of thr East Sea.

- Cerita ini diinspirasi dari mitologi cina dan banyak watak-watak serta latar belakang yang memfokuskan pada mitologi ini.

- Tapi apa yang betul-betul menarik tentang filem ini adalah ia tidak terlalu serius dalam menterjemahkan mitologi sebegini.

- Ia masih menerapkan elemen komedi yang bersesuaian dengan peredaran zaman sekarang yang penuh dengan pop culture dan memes.

- Gaya animasi 3D juga sangat bersesuaian dengan elemen komedi ini yang juga berintegrasi cantik bersama babak-babak epik yang dipaparkan.

- Itulah yang membuatkan filem ni istimewa, sekalipun nampak ringan dengan lawak jenaka, tapi ia tidak lupa untuk menjadi epik terutama pada babak-babak aksi pertarungan.

- Kesemua elemen ini bergerak selari dan tidak terasa janggal membuatkan ada antara kita yang tidak cakna tentang mitologi cina juga boleh faham dan terhibur dalam waktu sama.

- Malahan bukan itu sahaja, filem animasi ini juga ada menyentuh kritikan sosial serta tema moden tentang isu perkauman dan takdir seseorang individu.

- Watak Ne Zha digambarkan sebagai seorang kanak-kanak yang mempunyai demon dalaman tetapi sebenarnya beliau juga menagihkan kasih sayang dan perhatian.

- Dinamik dan persahabatan antara Ne Zha dan Ao Bing turut menjadi tema sejak dari filem pertama yang menggerakkan keseluruhan francais ini.

- Bila dapat tahu filem Ne Zha 2 ini meletup di China, aku juga terfikir-fikir mengapa, mungkin ia untuk pasaran China saja kot. Tapi lepas menonton filem ini, aku baru nampak kenapa, dan ia sesuai untuk ditonton oleh keseluruhan masyarakat.

- Ternyata kewujudan animasi dari China ini mampu menggerunkan studio-studio besar di Hollywood yang sibuk menekankan agenda dari cerita dan hiburan.

- Dan akhirnya animasi-animasi dari Asia sebegini yang bakal menjadi makanan utama peminat animasi seluruh dunia.

Rating: 10/10

#NeZha2 #HDABDHMD


Sumber
 
Back
Top
Log in Register