BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

FRIM Anjur Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, Tekankan Pemuliharaan Dan Kelestarian

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
85d019ceac58f2a4b78450a173c70dee698732ea87e05

a45db30da3763e9d87f468623b4f94a6698732d30319e

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia Datuk Dr Ismail Parlan (kanan) menunjukkan buku "Hutan Paya Laut Sungai Kuantan" pada Majlis Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia 2026 Peringkat FRIM di Paya Burung FRIM. Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Penyelidikan FRIM Dr Norwati Muhammad (tengah) dan Ketua Pengarah Operasi FRIM Mahmudin Saleh.

Pemeliharaan kawasan tanah lembap adalah satu daripada keperluan strategik negara dalam mendepani cabaran perubahan iklim, kehilangan biodiversiti dan tekanan pembangunan, kata Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Datuk Dr Ismail Parlan.

Justeru, beliau berkata Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia 2026 anjuran FRIM hari ini memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan ekosistem tanah lembap dan peranannya dalam kelestarian alam sekitar.

"Di Malaysia, tanah lembap merangkumi kira-kira 5.1 juta hektar kawasan semula jadi seperti paya gambut, paya laut, sungai, tasik dan terumbu karang, serta sekitar 699,980 hektar tanah lembap buatan termasuk tasik dan sawah padi, menjadikan keseluruhannya 31 jenis tanah lembap.

"Ekosistem tanah lembap memainkan peranan penting dalam mengekalkan keseimbangan alam sekitar kerana ia berfungsi sebagai penapis semula jadi, penyimpan karbon, kawasan tadahan air, benteng daripada hakisan pantai serta habitat kepada pelbagai spesies flora dan fauna," katanya ketika berucap pada sambutan itu di Paya Burung, Taman Hutan FRIM di sini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan) FRIM merangkap pengerusi sambutan itu Dr Norwati Muhammad, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FRIM Mahmudin Saleh dan Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) Taufik Bahar.

Ismail juga berkata FRIM, dengan kerjasama Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam serta agensi berkaitan, berperanan menekankan pengurusan tanah lembap secara holistik dan bersepadu melalui penyelidikan, pembangunan serta pendidikan untuk manfaat pihak berkepentingan, industri dan orang awam.

Beliau berkata Hari Tanah Lembap Sedunia disambut pada 2 Feb setiap tahun bagi memperingati pemeteraian Konvensyen Ramsar pada 1971 selain meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan kritikal tanah lembap dalam menyokong biodiversiti dan mengurangkan risiko bencana.

Tema sambutan tahun ini iaitu Tanah Lembap dan Pengetahuan Tradisi: Meraikan Warisan Budaya menekankan kepentingan pengetahuan tradisi serta amalan komuniti setempat dalam pengurusan ekosistem tanah lembap secara harmoni dan lestari.

Pada majlis itu, Ismail turut melancarkan buku bertajuk Hutan Paya Laut Sungai Kuantan dan menyempurnakan penanaman simbolik pokok tampoi di Arboretum Buah-Buahan FRIM.

 
Back
Top
Log in Register