kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,808
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,808
- Reaction score
- 98
- Points
- 80
Sambutan Hari Malaysia 2026 Peringkat Negeri Meriah, Angkat Mesej Perpaduan Dan MA63
Pelajar sekolah mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri Sabah sempena sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sabah 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Semangat patriotik seluruh rakyat terus disemarakkan menerusi pelbagai program pada Sambutan Hari Malaysia 2026 peringkat negeri yang berlangsung meriah di seluruh negara hari ini.
Bertemakan “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan tahun ini pula menyaksikan Sarawak kembali dipilih sebagai lokasi penganjuran selepas kali terakhir menjadi tuan rumah acara berkenaan pada 2023.
Di SABAH, sambutan peringkat negeri berlangsung meriah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), disertai ribuan orang dengan kibaran Jalur Gemilang mewarnai suasana perhimpunan yang dihadiri Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan isteri Toh Puan Faridah Tussin.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dalam ucapan disampaikan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata segala hak dan kepentingan Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan terus diperjuangkan dan direalisasikan melalui semangat kerjasama erat bersama Kerajaan Persekutuan.
Beliau berkata Hari Malaysia memberi ruang kepada rakyat untuk menghayati kedudukan Sabah dalam Persekutuan Malaysia terutama berkaitan MA63 dan Perlembagaan Persekutuan yang merupakan asas penting membentuk hubungan antara Sabah dengan Persekutuan.
Hajiji berkata sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Sabah akan konsisten mempertahankan kepentingan dan hak Sabah melalui saluran Perlembagaan, rundingan dan kerjasama antara kerajaan.
“Kita percaya bahawa hubungan Persekutuan yang kukuh lahir daripada sikap saling menghormati, keadilan dan kesediaan menunaikan tanggungjawab yang telah dipersetujui. Memperjuangkan hak Sabah bukan bererti menjauhkan Sabah daripada Malaysia.
"Sebaliknya, ia adalah sebahagian daripada usaha memperkukuh asas Persekutuan supaya setiap rakan berasa dihormati, setiap tanggungjawab dilaksanakan dan setiap rakyat memperoleh manfaat daripada sebuah negara Malaysia yang stabil dan makmur,” katanya.
Sementara itu, di PULAU PINANG, lebih 1,000 rakyat turut memeriahkan majlis Sambutan Hari Malaysia 2026 peringkat negeri di Dewan Millenium, Kepala Batas yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Tun Ramli Ngah Talib dan isteri Toh Puan Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.