BTC USD 62,068.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fikir, Zikir dan Doa

Disarankan doa minta hakikat untuk persoalan perkara subjektif.

Sebagai contoh:
Ya Allah, berikan aku hakikat dakwah infrodi.

In Sha Allah, deh.
 
Seseorang pernah dakwah infrodi kepada penulis. Dia ahli syura Masjid Sri Petaling. Penulis nampak dia keluar masuk bilik syura.

Waktu itu penulis ada RM400 di tangan. Hadir fikir di hati penulis cukup untuk keluar 40 hari ni. Waktu itu penulis berkerja dengan seorang Dato bekas billionaire di Shah Alam.

Di Sri Petaling selepas solat sunat qabliyah Zohor penulis duduk menunggu solat Zohor. Ke Sri Petaling untuk tafakkud keluar 40 hari. Beliau mendekati penulis dengan muqaddimah gesaan ulama agar dakwah infrodi 25 kali setiap hari. Kemudian beliau meneruskan dakwah lebih kurang begini:

Diberi mata melihat bukan kerana Allah
Diberi lidah bercakap bukan kerana Allah
Diberi telinga mendengar bukan kerana Allah
Diberi jantung berdegup bukan kerana Allah
Darah mengalir di seluruh tubuh bukan kerana Allah
Tulang belulang bersambung seluruh badan bukan kerana Allah
Seorang bayi jadi kanak-kanak, meningkat remaja, kemudian dewasa bukan kerana Allah

Penulis menggunakan dakwah pakcik berkenaan semasa ghast waktu keluar. Malam itu seorang remaja datang ke masjid menangis dan minta maaf dengan jemaah, keluar 1 hari.

Penulis juga gunakan ayat yang sama menerusi chat kepada sekumpulan umat. Maghrib malam itu di surau penulis duduk bersama jemaah transit dari Indonesia. Selepas bayan Maghrib penulis ditasykil keluar 3 hari di Cameron Highlands bersama syura dan majlis tasykil markaz Dusun Raja.

Ya Allah, berikan aku hakikat kiriman ini.
 
Last edited:
Ya Allah, berikan kepada aku hakikat iman LAILAHAILLALLAH MUHAMMADURRASULULLAH

Ya Allah, berikan kepada aku hakikat solat khusyuk dan khusyuk

Ya Allah, berikan kepada aku hakikat ilmu dan zikir

Ya Allah, berikan kepada aku hakikat ikram muslimin

Ya Allah, berikan kepada aku hakikat keikhlasan niat

Ya Allah, berikan kepada aku hakikat dakwah dan tabligh

Ya Allah, berikan kepada aku hakikat puasa di bulan Ramadhan

Ya Allah berikan kepada aku hakikat meninggalkan perkara sia-sia

Ya Allah berikan kepada aku hakikat keluar 3 hari setiap bulan

Ya Allah, berikan kepada aku hakikat keluar 40 hari setiap tahun

Ya Allah, berikan kepada aku hakikat keluar 4 bulan ipb dan negara jauh

Ya Allah, berikan kepada aku hakikat fikir harian

Ya Allah, berikan kepada aku hakikat 2 ghast

Ya Allah berikan kepada aku hakikat 2 Taklim

Ya Allah berikan kepada aku hakikat 2 jam setengah

Ya Allah, berikan kepada aku hakikat keluarkan jemaah 3 hari dari marhalah sendiri setiap bulan

Ya Allah, berikan kepada aku hakikat kiriman ini.
 
Last edited:
Doa minta hakikat penulis dapat dari sebuah tulisan Maulana Muhammad Ilyas rah.

Dalam tulisannya beliau menyampaikan pesan supaya berdoa minta hakikat solat yang dikerjakan. Tunaikan solat sunat 2 rakaat, kemudia doa:
Ya Allah, berikan kepada aku hakikat solatku ini.
 
Last edited:
Ikutlah Nabi SAW atau mana-mana sahabat Baginda dengan baik.

Kalau nak ambik seorang sahabat sebagai contoh ikutan, ambillah secara keseluruhan timeline hidup beliau. Kalau nak ambil Abu Bakar, jangan hanya berfikir, Abu Bakar RA seorang yang kaya. Sesat kalau ambil sampai situ sahaja iktibar dari beliau. Itu hanya pada permulaan penyebaran agama sahaja. Pada masa itu Nabi SAW baru dilantik menjadi Rasul. Jangan ambil iktibar atau ceritakan tentang sahabat tentang keadaan mereka pada satu titik sahaja. Apabila Nabi SAW wafat dan beliau menggantikan tempat khalifah, bagaimana ekonomi beliau? Beliau menjual beberapa helai pakaian di pasar untuk kegunaan satu hari pada permulaan beliau dilantik menjadi khalifah. Selepas itu beliau berhenti berniaga dan menerima saraan dari baitulmal. Semasa beliau mati bagaimana ekonomi keluarga beliau? Bantuan dari baitulmal dikurangkan oleh beliau semasa menjadi khalifah apabila isterinya membuktikan mereka mampu hidup dengan bantuan saraan yang lebih rendah.

Sahabat yang lain juga begitu. Ada sahabat yang ketika mula memeluk Islam, keharuman mintak athar yang dipakainya dapat terhidu dari jauh. Pakaian yang dipakai juga mahal-mahal. Tetapi di saat beliau meninggal dunia syahid di medan peperangan, kain kafan yang ada tak cukup untuk menutup keseluruhan tubuh beliau. Ditutup kepala kaki terdedah. Ditutup kaki kepala terdedah.

Contohilah kehidupan sahabat secara keseluruhan. Buat graf ekonomi kehidupan mereka dari saat mereka memeluk Islam hingga mereka meninggal dunia. Mereka semua mencontohi Rasulullah SAW dengan baik.

Rasulullah sedekahkan semua harta Baginda untuk agama. Apabila Sayyidina Umar RA masuk ke bilik Baginda, beliau mendapati hanya ada segenggam biji-bijian kekacang di suatu sudut rumah Baginda. Apabila Baginda SAW menerima pemberian sedekah, Baginda SAW mengarahkan Bilal bin Rabah mensedekahkan semua harta yang diterima. Selagi tidak habis diagihkan Baginda SAW tidak akan pulang ke rumah tetapi beriktikaf di masjid.

Banyak lagi kisah sahabat untuk dijadikan panduan membentuk ekonomi yang unggul yang diredhai Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
 
Last edited:
Boleh tak terima bahawa kehidupan berikut adalah sesat:

Semakin hari harta simpanan semakin bertambah tak kurang kurang
Semakin hari rumah dibina semakin besar
Semakin hari perabot dalam rumah semakin memenuhi ruang rumah
Semakin hari kereta dibeli semakin mahal

Bukan bermakna tidak boleh ada suatu masa dalam hidup harta bertambah. Tetapi kena juga ada pada suatu masa, harta difokuskan untuk diagihkan dan disedekahkan. Harta berkurang dan berkurang. Kurangkan sedikit dan adapt dengan keadaan itu. Lepas tu kurangkan lagi dan adapt lagi. Ulangi hingga mampu hidup dengan sesederhana yang mungkin.

Moga-moga kefahaman umat Islam dapat diperbetulkan.
 
Last edited:
Kalau tengok-tengok terjemahan Quran, syurga Adn untuk para sahabat. Syurga yang sangat-sangat baik.

Disebabkan satu hadis Nabi SAW berpesan kalau minta syurga, minta syurga firdaus. Maka minta syurga firdaus.

Harap dan taat ialah dua perkara yang berbeza. Minta syurga lain walaupun yang diharapkan syurga yang lain. Kekalkan taat walaupun tidak sama dengan yang diharapkan.
 
Last edited:
Secara formalnya kita diajar bahawa solat fardhu sendirian dpt 1 ganjaran dan solat berjemaah 27 ganjaran. Tetapi hakikatnya perbezaan antara kedua-dua solat bukanlah 1:27. Ini kerana solat sendirian ganjarannya diberi berdasarkan kesempurnaan solat. Orang yang solat sendirian mungkin diberi ganjaran 1/2,1/4,1/8 atau lebih kecil berdasarkan kesempurnaan solatnya. Bermakna seorang yang solat sendirian yang diberi ganjaran 1/10 dibandingkan dengan seorang yang solat berjemaah ialah 1:270. Kalau ganjaran diberi 1/100 nisbah ganjarannya ialah 1/2700. Tunaikanlah solat fardhu secara berjemaah. Walaupun kedengaran sedikit tetapi dari sudut hakikat nisbahnya besar jika dibandingkan dengan solat sendirian. Solat di jalan Allah digandakan ganjaran sehingga 4.9 juta kali lipat atau lebih. Belum masuk gandaan solat berjemaah. Ia hasil gabungan fadhilat dari hadis-hadis fadhilat keluar di jalan Allah. Ganjaran sedekah untuk setiap harta yang dikorbankan di jalan Allah juga dilipat 700,000 kali. Tunaikanlah solat dan sedekah korban di jalan Allah.

In Sha Allah belaka, deh.
 
Last edited:
Penulis pernah dengar orang kata lipat tak sama dengan ganda. 1 ganda 3 berjumlah 3. Tetapi 1 dilipat 3 berjumlah 8. Lipat sekali jadi 2. Lipat kedua jadi 4. Lipat ketiga jadi 8. 1 ganda 11 jadi 11. 1 lipat 11 jadi 2048.

Banyak tak? Kalau seringgit dilipat 700,000 jadi berapa? Kalau 400 ringgit dilipat 700,000 jadi berapa? Kalau 4000 ringgit dilipat 700,000 jadi berapa? Dua rakaat solat subuh berjemaah dilipat 4.9 juta jadi berapa? Kalau tuan solat seumur hidup tak pernah keluar jangan terkejut kalau ganjaran pahala seorang remaja satu hari keluar di jalan Allah di akhirat kelak melebihi ganjaran pahala solat tuan sepanjang hayat.

Kena betul-betul keluar kalau macam ni!
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register