BTC USD 63,260.4 Gold USD 4,294.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fikir, Zikir dan Doa

Banyaknya dosa, banyaknya kesilapan, rosaknya akhlak, rosaknya diri, jauhnya dengan Allah, jauhnya dari agama, ceteknya pengetahuan.

Allah itu dekat, jangan berputus harap dengan rahmat Allah, dekati Allah sejengkal, Allah dekati sehasta, dekati Allah sehasta, Allah dekati sedepa, dekati Allah dengan berjalan, Allah dekati dengan berlari.
 
Last edited:
Menyindir tak elok. Bagaimana nak hentikan tabiat menyindir?

Tabiat menyindir diakibatkan oleh tidak meletakkan cara hidup Nabi dan para sahabat sebagai model ikutan. Tidak membenarkan cara hidup mereka. Sedangkan Allah mengiktiraf mereka semua sebagai hamba yang Dia telah redha.

Maka letaklah cara hidup Nabi dan sahabat sebagai cara hidup yang benar. Keep in mind. Talk about them everyday. Follow what they did in their daily life.
 
Last edited:
Usaha atas iman bukan usaha kelayakan. Usaha atas iman usaha ke atas hati.
 
Nabi SAW bersabda bahawa sahabat-sahabat Baginda ibarat bintang-bintang di langit. Ikut satu dari mereka nescaya kamu tidak akan sesat.
 
Allah SWT juga berfirman di dalam Al Quran bahawa sesiapa yang mengikuti mereka dengan baik(kaum Muhajirin dan Ansar), juga mendapat pengiktirafan yang sama.

Semak semula.
Allahua'lam.
 
Firman Allah Azza wa Jalla yang artinya,”Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan merekapun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar“. (QS at Taubah [9]:100)

Di akhir ayat ini menyatakan, "Itulah kemenangan yang besar".

Suatu hari Rasulullah SAW dan para sahabat tewas dalam satu peperangan. Rasulullah SAW mengajak para sahabat menyertai jihad akbar(jihad besar). Para sahabat yang mudah faham maksud sabdaan Rasulullah SAW mendirikan khemah di sekitar masjid. Mereka bermalam di masjid dan sekitarnya.

Berhijrah secara berjemaah atas niat taat perintah Allah dan Rasul, menjalinkan hubungan dengan penduduk tempatan dan bermalam di masjid. Itulah yang dimaksudkan dengan mengikuti mereka dengan baik(mirip-mirip hijrah&nusrah mereka). Itulah kemenangan yang besar. Pemahaman saya ke atas ayat di atas.

Allahua'lam.
 
Last edited:
Kalau belum mampu keluar atau belum faham, iktikaf di markaz dulu semalaman pada malam markaz. Seminggu sekali jihad akbar. Moga-moha Allah bagi kekuatan untuk amal.

Kejayaan dalam ugama.
 
Ironinya, kalau Allah sudah redha di dunia, tiada lagi kira-kira selepas dibangkitkan nanti.

Allahua'lam.
Kejayaan dalam ugama.
 
Last edited:
Orang yang masuk neraka bermula dengan hitungan di Padang Mahsyar. Mereka tak tahan dengan siksaan di Padang Mahsyar kemudian meminta agar segera di masukkan ke neraka. Berita ini didengari dari 3 sumber berbeza memberitakan keadaan yang sama. Jangan berani dihitung amal.

Allahua'lam.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register