BTC USD 61,713.5 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fikir, Zikir dan Doa

Tuan-tuan yang mulia,

Telah datang kepada saya perintah, "Amalan yang kamu amalkan tidak akan dikira sebagai amal selagi kamu tidak mengajak".

Amalan yang kita belum amalkan tetapi ada azam untuk amal pun boleh dakwah juga.

Ajaklah kepada sunnah sempurna Baginda Nabi SAW.
 
Suatu hari Baginda Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam berdialog dengan Jibril 'Alaihissalam. Jibril AS bertanya, "Wahai Rasulullah, antara kau dan aku siapa lebih mulia?" Rasulullah SAW menjawab, "Wahai Jibril, antara aku dan kau, aku lebih mulia". Seterusnya Jibril AS bertanya lagi, "Wahai Rasulullah, antara kau dengan ugama, yang mana lebih mulia?" Jawab Rasulullah SAW, "Wahai Jibril, antara aku dan ugama, ugama lebih mulia".

Maka ajaklah kepada mengamalkan ugama secara keseluruhan.

Agama secara keseluruhan ialah sunnah sempurna Rasulullah SAW serta sekalian sahabat Baginda.

Allahua'lam .
 
Beza amalan infrodi dan ijtima'i ialah seperti air yang melekat di hujung jari dengan air lautan.

Infrodi ialah amalan sendiri-sendiri. Ijtima'i ialah amalan kemasyarakatan, ajak orang ke majlis-majlis sunnah yang hendak diadakan serta menghadiri majlis berkenaan.

Allahua'lam.
 
Bagaimana nak adakan majlis ugama di rumah? Dalam sebuah buku 'Iman Dan Amal Shaleh' dinyatakan bahawa rumah yang tiada suasana ugama, syaitan dakwah ahli rumah 24 jam. Adakan majlis ugama di rumah dengan menghidupkan majlis ta'lim. Bila tiba masa untuk majlis, ajak ahli rumah, "Taklim...Taklim...Taklim...". Bila semua berkumpul dengan menutup aurat dan tutup kepala, mulakan majlis. Mula dengan 10 minit dulu. Satu fadhilat satu hadis dan keterangan hadis. Lepas tu tukar ke fadhilat seterusnya.

Kejayaan dalam ugama.
 
Sedikit cerita majlis Taklim.

Kisah ni berlaku di luar negara. Seorang bapa menemui seorang imam tentang anak perempuannya berkerja di kelab malam, pakai seksi, lelaki ambil di rumah setiap malam. Imam menyarankan bapa baca Fadhilat Amal di rumah. Bapa membacanya di bilik anak perempuannya semasa anak perempuannya bersolek. Bapa mengulanginya setiap hari tetapi tiada perubahan. Suatu hari bapanya masuk ke bilik anak perempuannya semasa anak perempuannya bersolek tetapi tak baca. Anak perempuannya tanya kenapa tak baca? Hari ni ialah hari last dia kerja di kelab malam, hari ni hari last dia pakai seksi dan hari ni hari last dia keluar dengan lelaki datang ambil. Selepas hari tu anak perempuannya cari kerja lain, seorang lelaki yang buat usaha masuk meminang dan mereka kahwin. Anak perempuannya selepas itu pakai purdah.

Hidayat.
Kejayaan dalam ugama.
 
Last edited:
Satu lagi cerita Taklim. Glamor cerita ni.

Seorang pakcik tinggal sorang-sorang di rumahnya. Tiada ahli keluarga untuk mengadakan majlis Taklim secara berjemaah. Maka pakcik kumpulkan barang-barang sunnah. Jubah, kopiah, serban, tasbih, kayu sugi. Pakcik letak barang-barang sunnah di hadapan mewakili ahli majlis. Begitulah cara pakcik adakan Taklim di rumah hari-hari. Suatu hari pakcik ke Mekah menunaikan haji. Kemudian muncul seseorang datang memeluk pakcik. Kata pakcik yang peluk, pakcik ni lah yang bacakan Taklim untuknya setiap hari. Dia dapat hidayat hingga menunaikan haji di Mekah.

Hidayat.
Kejayaan dalam ugama.
 
Last edited:
Sedikit tentang penulis Fadhilat Amal Sheikhul Hadis Maulana Muhammad Zakariyya Rahmatullah 'Alaih.

Maulana ialah seorang Sheikhul Hadis. Beliau menghafal lebih seratus ribu hadis-hadis berserta sanadnya hingga kepada Rasulullah SAW.
Beliau ialah pakar bahas Hadis. Beliau di jemput membahas Hadis di tempat-tempat pengajian ilmu Hadis di Mekah dan Madinah.
Beliau ialah wali qutub di zamannya. Di satu-satu masa, ada 124000 wali di peringkat paling bawah di seluruh dunia. Di peringkat lebih atas, bilangan wali lebih kurang berbanding bilangan wali di peringkat lebih bawah. Dan wali qutub hanya seorang di peringkat paling atas.
Beliau disemadikan di kubur Baqi' iaitu kawasan perkuburan utama di Madinah. Kawasan perkuburan ini menjadi tempat persemadian lebih 10 ribu ahli keluarga dan sahabat Rasulullah SAW.

Sesiapa yang belum ada Fadhilat Amal dan nak beli, dapatkan di kedai-kedai buku yang berhampiran. In Sha Allah ada. Rugi kalau tak amalkan taklim. Amalkan sebelum terlambat.

Kejayaan dalam ugama.
 
Last edited:
Usaha atas iman bukan usaha kelayakan. Bukan untuk kelayakan. Bukan juga perlu kelayakan. Usaha atas iman ialah usaha ke atas hati.
 
Back
Top
Log in Register