BTC USD 60,554.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fikir, Zikir dan Doa

Ya Allah, pilihlah umat Nabi SAW jadi asbab hidayat seluruh alam
 
Last edited:
Ya Allah, ajarlah umat Nabi SAW, marahlah umat Nabi SAW
 
Last edited:
Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah meletakkan kejayaan setiap umat manusia hanya dalam agama, sejauh mana seseorang umat manusia itu mentaati perintah Allah Subhanhu Wa Ta'ala dengan mengikuti cara Baginda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam
 
Di rumah TT ada seekor anak kucing 3 warna. Dia selalu mengiau tidak seperti adiknya kucing 2 warna. Selepas TT mengirim pos "Ya Allah, benar, benar, benar" pada waktu petang dan pada waktu malam, kucing itu berhenti mengiau pada hari itu dan berkelakuan tenang.

Allahua'lam.
 
Dua hari lepas TT tidur di sebuah hotel di bangi ada kursus 2 hari. Dan sebelum tidur TT kirim pos "Kejayaan dalam ugama". TT kunci jam hanfon jam 5.00 pagi untuk mandi, solat tahajjud dan fardhu subuh. Selepas mengeset jam, TT meletakkan diri sebagai hanfon tawakkal agar tersedar bila tiba waktunya. Selepas tu setiap turun dan setiap naik nafas TT berbunyi "Kejayaan dalam ugama" hingga terlelap. Tengah malam itu TT tersedar dan berpaling ke belakang dan nampak bayangan seakan-akan ayah TT yang sebenarnya ketika itu sedang berada di wad hospital. Bayang itu berdiri kelihatan pakaian kurta seperti selalu dipakai ayah, berhati gembira dan seakan-akan sedang senyum. Diberi faham ia adalah malaikat yang dihantar untuk menjaga TT pada malam itu. Ayah di bebaskan dari wad pada paginya.

Kejayaan dalam ugama.
 
Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah meletakkan kejayaan setiap umat manusia hanya dalam ugama, sejauh mana seseorang umat manusia itu mentaati perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan mengikuti cara Baginda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam.

Kejayaan dalam ugama.
 
Apabila seseorang hamba Allah itu berasa banyak dosa dan takut kepada Allah semata-mata, pengharapannya kepada Allah semata-mata agar dosa diampunkan pasti meningkat.

Apabila seseorang hamba Allah itu berada dalam kesempitan demi ugama semata-mata, pengharapannya kepada Allah semata-mata agar diberi pertolongan pasti meningkat.

Apabila seseorang hamba Allah itu mengurangkan usaha serta pengharapannya kepada makhluk demi melatih yakin kepada Allah semata-mata, iman yakinnya pasti meningkat.

Kejayaan dalam ugama.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register