Kisah Iblis
Kisah2 berkaitan agama ada diketegorikan kepada kisah dongeng(yang ada kebaikan) dan kisah benar. Kisah iblis ni sy dengar dari orang-orang tua.
Iblis(Azazil) ialah malaikat yang berasal dari alam dunia. Mula-mula dia belajar dari malaikat-malaikat di langit pertama. Kemudian dia diangkat ke langit kedua dan diajar oleh para malaikat di langit kedua pula. Kemudian dia diangkat lagi ke langit ketiga dan diajar lagi. Begitulah seterusnya hingga dia sampai ke langit yang tertinggi dan menjadi 'alim dan dilantik menjadi ketua para malaikat.
Suatu hari Allah SWT telah memberikan perkhabaran bahawa seorang(malaikat) akan dibuang dari syurga. Satu demi satu malaikat takut mendengar berita tersebut lalu meminta Azazil mendoakan mereka agar tidak dibuang dari syurga. Azazil mendoakan mereka semua tetapi tidak berdoa untuk dirinya sendiri.
Ketika mula-mula Allah SWT menciptakan jasad Nabi Adam AS, Allah SWT belum meniupkan roh kepada Baginda AS. Para malaikat melihat2 jasad Nabi Adam yang diperbuat daripada tanah, kaku dan keras. Para malaikat takut-takut mendekatinya lalu meminta Azazil/Azazil mengambil langkah memeriksa tubuh Nabi Adam AS. Azazil memasuki tubuh Nabi Adam AS melalui mulut/hidung, meneroka segenap tubuh Baginda AS kemudian keluar melalui lubang kentut. Azazil melaporkan kepada para malaikat bahawa tiada apa-apa pada tubuh Nabi Adam AS.
Apabila Allah SWT meniupkan roh kepada Nabi Adam AS, Allah SWT memerintahkan semua malaikat sujud kepada Baginda AS, semua malaikat mentaati perintah itu kecuali Azazil akibat perasaan angkuh. Di situlah bermulanya keingkaran Azazil terhadap Allah SWT.
Allahua'lam.