BTC USD 62,082.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fikir, Zikir dan Doa

sesiapa yang ada keperluan boleh keluar secara daftari iaitu waktu ada keperluan selesaikan keperluan kemudian balik semula ke surau tempat keluar hingga bayan tangguh.

LA ILAHA ILLALLAH.
 
Mesyuarat semalam memutuskan tarikh keluar 3 hari untuk bulan ni bagi halqah PC A ditunda kepada tarikh 28hb.
Tasykil keluar 3 hari untuk halqah tempatan di buat secara terbuka pada aras capaian global atas maksud syiar. Benar atau salah?
Tasykil satu orang hidayat seluruh alam.

LA ILAHA ILLALLAH
 
Last edited:
Tuan-tuan yang mulia,

Alim ulama beritahu niat yang ikhlas ada 3 peringkat:
1.kerana takut kepada siksa neraka
2.kerana menginginkan syurga
3.semata-mata kerana Allah/untuk mendapatkan keredhaan Allah

tak salah kalau kita menceritakan ancaman neraka atau nikmat syurga kepada manusia semata-mata kerana Allah.

LA ILAHA ILLALLAH
 
Last edited:
Tuan-tuan yang mulia,

Satu daripada tugas umat ialah menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Barangsiapa yang melihat kemungkaran di depan matanya kemudian dia tidak mencegahnya, Allah SWT tidak akan menerima doanya. Sebaik berlakunya kemungkaran dalam sesuatu kumpulan, ahli kumpulan yang lain wajib mencegahnya. Keadaan yang betul ialah kumpulan itu ialah kumpulan yang baik, kemudian berlakunya tunas kemungkaran dalam kumpulan itu, maka cegah.

Tetapi apabila sesuatu kumpulan itu kemungkaran sudah berleluasa:
1.Ashabul kahfi memencilkan diri ke suatu tempat semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah. Kisah mereka Allah SWT ceritakan dalam Al-Quran.
2.Nabi SAW lahir di kalangan masyarakat jahiliyah, dilantik menjadi Rasul di kalangan masyarakat jahiliyah, menyampaikan risalah dan dakwah di kalangan masyarakat jahiliyah, bawa manusia dari kegelapan kepada cahaya.

Fikir satu orang hidayat seluruh alam.

LA ILAHA ILLALLAH.
 
Last edited:
Tuan-tuan yang mulia,

Allah SWT bagi fikir kita kena jadi umat yang responsive. Berikan pasangan kepada sesuatu keadaan. Apabila seorang beri salam assalamualaikum, berilah pasangan waalaikumussalam. Apabila seseorang tasykil sesuatu amal, berilah jawapan in sha Allah. Apabila seorang bersin kemudian mengucapkan alhamdulillah, berilah pasangan yarhamukallah. Apabila suatu jemaah minta beri nama sebagai azam keluar jalan Allah, berilah nama dan tempoh keluar sebagai pasangan tasykil itu, apabila mendengar seruan azan, berilah pasangan kepada seruan itu dengan menjawab azan dan mendapatkan solat secara berjemaah.

Nanti apabila dibangkitkan di Padang Mahsyar, akibat kita tak latih diri untuk responsive, apabila Allah seru siapa di antara kamu yang mengingatiKu siang dan malam (atau golongan-golongan lain yang berkenaan dengan kita), kita tak mampu untuk bangun kerana kita tak biasa responsive(sahut seruan). Jadi sama-samalah kita islah diri kita dan fikir macam mana untuk kita jadi umat yang lebih responsive. In sha Allah deh.

LA ILAHA ILLALLAH.
 
Last edited:
Tuan-tuan yang mulia,

Untuk mengamalkan segala yang terkandung dalam kalimah shahadah, kita kena latih taat perintah Allah cara Rasulullah SAW dengan hati, lidah dan seluruh anggota. Amalkan dengan melatih yang mana mampu. Kalau mampu dengan lidah atau dengan perkataan, jangan downgrade kepada dengan hati. Kasihan hati terbeban hati menanggung penipuan lidah. Sedangkan lidah mampu mengamalkannya. Hati support dari belakang. Kalau semua hati nak kena tanggung, overburden dan zalim. Kalau dalam sesuatu keadaan, termampu dengan lidah sedangkan untuk mengamalkan dengan seluruh anggota belum tentu(memang belum tentu), amalkan mana yang mampu waktu itu sahaja dulu. Future is future and future belongs to Allah. Harap dan doa kepada Allah. Amalkan dengan seluruh anggota, hati dan lidah akan lebih ringan, in sha Allah.

La ilaha illallah.
 
Last edited:
saya setuju TT mengenai powerfull nya kuasa zikrullah dan solat ,ia bukan sahaja sebagai memberi kepada kita ketenangan tetapi juga memberi kesegaran tubuh atau penyembuh penyakit.....

amalan ini saya kongsikan kepada isteri ..alhamdulillah ...

contoh mcm kita demam ...jangan sesekali kita tinggal solat dan zikrullah atau membaca alquran ...hasil nya cukup powerfull ...
 
مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لَا يُبْخَسُونَ (15) أُولَئِكَ الَّذِينَ لَيْسَ لَهُمْ فِي الْآَخِرَةِ إِلَّا النَّارُ وَحَبِطَ مَا صَنَعُوا فِيهَا وَبَاطِلٌ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ...16

“Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan.” (QS. Hud [11] : 15-16)

Yang dimaksud dengan “Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia” iaitu barangsiapa yang menginginkan kenikmatan dunia dengan melakukan amalan akhirat.
Yang dimaksud “perhiasan dunia” adalah harta dan anak.
Dipetik dari http://kembalikepadaalqurandanassunnah.blogspot.my/2011/05/mengejar-akhirat-dengan-dunia-dan.html

Beramallah selagi bukan bertujuan menginginkan kenikmatan dunia, harta atau anak. Kalau amalan itu disebut secara terang-terangan bertujuan akhirat dari hadis atau Al-Quran dan diamalkan bagi tujuan tersebut, maka ia benar-benar soheh. Dicadangkan agar mengamalkan membaca Fadhilat Amal, sebuah kitab yang mengumpulkan fadhilat-fadilat sesuatu amal dari Al-Quran dan Hadis. Mengamalkan membacanya mencenderungkan hati agar beramal untuk akhirat.
 
Latihan Doa

Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,
Segala yang ada di dalam hati ku,
Segala yang aku sembunyikan dan yang tidak aku sembunyikan,
Berilah kepadaku pertolongan,
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik penolong.

Aamiin.
 
Last edited:
Muka Kulit Fadhilat Amal

DSC04060.JPG
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register