BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

FFM35 Berlangsung 21 Nov, Pertandingkan 25 Kategori Anugerah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,184
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,184
Reaction score
346
Points
141

FFM35 Berlangsung 21 Nov, Pertandingkan 25 Kategori Anugerah​

dea12495eadf870364b865ca304384786a688096c741b

129ecfe8240720c69fe6bfd59cd8a5c16a6880a79fffc

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Datuk Dr Hans Isaac (dua,kiri) dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Bahria Mohd Tamil (dua,kanan) ketika gimik pelancaran Festival Filem Malaysia Ke-35 Aurum Theatre, hari ini. Turut serta, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Datuk Azmir Saifuddin Mutalib (kanan) dan Pengarah Kejuruteraan merangkap Pengarah Festival Filem Malaysia ke-35 Raja Mohammad Adhzim Raja Ahmad (kiri).
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) bertemakan “Spektrum Sinema” yang mempertandingkan 25 kategori anugerah, akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya di sini pada 21 Nov.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Bahria Mohd Tamil berkata pemilihan lokasi itu amat signifikan, kerana ia merupakan acara utama pertama yang dianjurkan di dewan berprestij berkenaan selepas selesai menjalani kerja-kerja naik taraf.

“Saya percaya detik bersejarah ini akan memberikan dimensi baharu kepada penganjuran festival filem paling berprestij di negara ini,” katanya pada sidang media FFM35 di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Datuk Hans Isaac dan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.

Mengenai tema “Spektrum Sinema”, Bahria berkata pemilihannya mencerminkan kepelbagaian bahasa, budaya, teknologi dan generasi pembikin filem yang membentuk landskap sinema Malaysia.

“Kepelbagaian inilah yang menjadi kekuatan industri filem negara dan membuktikan semakin banyak cerita Malaysia mampu diangkat dengan identiti tersendiri untuk dipersembahkan kepada dunia,” katanya.

Beliau berkata sehingga 24 Julai, FINAS merekodkan kutipan RM111.17 juta menerusi 32 filem di bawah Skim Wajib Tayang, dengan 14 daripadanya mencapai status box office.

“Pencapaian ini membuktikan karya tempatan terus mendapat tempat di hati penonton apabila disokong oleh kandungan berkualiti, strategi pemasaran yang berkesan serta kerjasama erat antara kerajaan dan pemain industri,” katanya.

Sementara itu, Hans berkata FFM35 akan memperkenalkan pembaharuan dalam sistem penjurian menerusi proses dua peringkat, dengan panel juri profesional yang dilantik secara sulit akan menyaring lima calon terbaik bagi setiap kategori, sebelum pemenang ditentukan oleh pemain industri menerusi sistem pemarkahan.

 
Back
Top
Log in Register