combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Timbalan Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Dr Mohamad Norjayadi Tamam (tengah) bergambar pada Majlis Pengumuman Rasmi Anugerah Media Akademi Dalam Industri (ADI) hari ini.
Turut sama Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI) Ainol Amriz Ismail (kiri) dan Pengarah Bahagian Produktiviti Insan MPC, Mohamad Muzaffar Abdul Hamid.
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) hari ini melancarkan Anugerah Media Akademi Dalam Industri (ADI) 2026 sebagai inisiatif strategik bagi mengiktiraf peranan media dalam menyokong agenda produktiviti dan pembangunan modal insan negara.
Timbalan Ketua Pengarah MPC Dr Mohamad Norjayadi Tamam berkata anugerah yang dianjurkan dengan kerjasama Malaysia Press Institute (MPI) itu, bertujuan menghargai sumbangan pengamal media dalam meningkatkan kesedaran awam terhadap ADI dengan menekankan isu produktiviti, inovasi serta pembangunan bakat.
“Anugerah ini bukan sahaja mengiktiraf dan meraikan kecemerlangan media dalam menghasilkan karya berimpak tinggi, tetapi juga menggalakkan penyampaian dan pelaporan yang jelas, tepat serta berasaskan data,” katanya dalam ucapan pelancaran Anugerah Media ADI 2026, di sini.
Beliau berkata pelantikan MPI sebagai sekretariat adalah selaras dengan kepakaran institusi itu dalam pembangunan profesional kewartawanan, pengurusan anugerah media, serta jaringan luas bersama organisasi media di seluruh negara.
“Peranan MPI bukan sahaja tertumpu kepada aspek penyelarasan dan pengurusan pertandingan, malah turut melibatkan pemantauan proses penilaian, penglibatan panel juri serta memastikan standard kewartawanan yang tinggi dipatuhi sepanjang penganjuran anugerah ini,” katanya.
Menurut MPC, Anugerah Media ADI merangkumi tiga kategori, iaitu Media Cetak/Portal Berita, Media TV/Radio/Portal (Video Dalam Talian) serta Media Sosial (Video Pendek), dan semua organisasi media digalakkan untuk menghantar penyertaan bermula hari ini hingga tarikh tutup pada 2 Ogos.
“Pengumuman pemenang akan dibuat pada 23 Sept dalam satu majlis khas anjuran MPC. Maklumat lengkap mengenai syarat, garis panduan serta borang penyertaan boleh didapati di laman sesawang www.adi.gov.my,” menurut MPC.
ADI ialah satu inisiatif nasional yang memberikan fokus kepada pembangunan bakat berasaskan industri melalui pendekatan latihan di tempat kerja, pensijilan kemahiran dan laluan akademik bersepadu.
Dalam majlis berkenaan, perbadanan itu turut memperkenalkan inisiatif baharu, iaitu Diploma Profesional Kewartawanan MPI-MPC di bawah kerangka ADI, bagi memperkasakan pengamal media dengan kemahiran baharu selari dengan perkembangan teknologi dan keperluan industri tanpa mengabaikan prinsip asas kewartawanan.
MPC, MPI Lancar Anugerah Media ADI 2026 Dengan Tiga Kategori Utama
ADI, MPC, MPI, Diploma Profesional, Anugerah