Xploit Machine
CG Hardcore Club


- Messages
- 73,632
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,632
- Reaction score
- 7,745
- Points
- 916
Pengeluar kereta Itali, Ferrari, baru-baru ini telah mendedahkan roadster terbaharu syarikat yang diberi nama Ferrari SP51. Model tersebut dihasilkan secara eksklusif berdasarkan permintaan daripada salah seorang pelanggan Ferrari.
SP51 direka berdasarkan platform 812 GTS yang bermakna ia turut menggunakan casis, enjin dan reka letak sama. Ini bermakna ia juga dikuasakan oleh enjin V12 6.5L yang memberikan output maksimum mencecah 789 hp.
Roadster yang direka di pusat rekaan Flavio Manzoni-headed Ferrari Styling Centre ini tampil unik dan sporty tanpa bumbung. Turut menarik perhatian ialah rekaan pada bahagian bonet yang membingkai dua lubang udara.
Ferrari SP51 ini menggunakan cat merah tiga lapis Rosso Passionale yang dibangunkan khas untuk model ini, warna yang menjadikan kereta kelihatan elegan. Jalur biru putih di bahagian tengah pula diinspirasikan daripada kereta Ferrari 410 S 1955.
Bergerak ke bahagian dalam kereta, balutan Alcantara turut menggunakan rona warna merah Rosso Passionale yang sama seperti pada badan kereta, di samping turut menampilkan jalur biru putih sama pada konsol tengah dan central tunnel.
Rekaan one-off ini bakal diserahkan kepada pelanggan setia Ferrari yang juga merupakan pengumpul terkenal jenama ini di Taiwan. Harganya? Tidak didedahkan, yang pasti, sebagai sebuah kereta yang direka khas, harganya pasti mencecah jutaan dolar.