BTC USD 62,043.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Model smart #3 diperkenal, harga bermula RM175,000

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
7,471
Joined
Jun 21, 2021
Messages
7,471
Reaction score
1,051
Points
151

smart Malaysia melancarkan model EV smart #3 SUV Coupe di pasaran Malaysia - NSTP/AIZUDDIN SAAD
smart Malaysia melancarkan model EV smart #3 SUV Coupe di pasaran Malaysia - NSTP/AIZUDDIN SAAD​


KUALA LUMPUR: smart Malaysia melancarkan secara rasmi kereta elektrik (EV) terbaharunya, smart #3 SUV Coupe untuk pasaran tempatan pada harga atas jalan tidak termasuk insurans bermula daripada RM175,000.

Model smart #3 tampil dengan tiga varian iaitu varian BRABUS yang ditawarkan pada harga RM255,000, Premium (RM215,000) dan Pro (RM175,000) yang direka khas untuk pasaran di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang, berkata smart #3 mempunyai potensi yang besar dalam segmen premium, yang mengukuhkan komitmen syarikat untuk memberikan kecemerlangan untuk pasaran Malaysia.

"Kami berhasrat untuk menggalakkan lebih banyak pembangunan bersama untuk meningkatkan nilai kualiti jenama yang kami hargai, mencipta komuniti yang kuat kepada jenama smart.

"Matlamat kami adalah untuk terus menyediakan pengalaman memiliki smart premium yang terbaik, termasuk perkhidmatan selepas jualan yang cemerlang dengan alat ganti mudah didapati, peta pengecasan awam yang diintegrasi, dan ekosistem digital yang lancar," katanya pada majlis pelancaran model berkenaan di sini, hari ini.

Direka dengan kepakaran dari Mercedes-Benz, smart #3 menggabungkan fungsi dengan keunggulan, menawarkan pengalaman pemanduan yang hebat.

Kesemua varian ini menjanjikan pengalaman yang premium dan pemanduan berprestasi tinggi, membuka jalan untuk perjalanan yang mendebarkan menuju masa hadapan.

Varian smart #3 Pro dilengkapi dengan Roda Flux 19 inci yang mempunyai rintangan angin rendah dan reka bentuk rivet tempat duduk pertama dalam industri dengan penyandar kepala yang menampilkan logo smart.

Ia dikuasakan oleh bateri LFP 49kWh, menyediakan jarak WLTP sejauh 325 kilometer.

Varian smart #3 Premium menawarkan ciri tambahan termasuk lampu hadapan CyberSparksLED + Matrix, gril hadapan berlampu, dan bateri NCM 66kWh.

Bateri ini menggerakkan motor 200kW/343Nm yang memacu roda belakang, mencapai pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.8 saat dan memberikan jarak WLTP sejauh 455 kilometer, dengan keupayaan pengecasan AC dan DC yang terbaik iaitu 22kW.

Pengecas AC boleh mengecas bateri daripada 10 hingga 80 peratus dalam masa kurang tiga jam, dengan tiga tahap brek regeneratif baharu iaitu rendah, sederhana dan tinggi, disokong oleh 23 sensor berketepatan tinggi yang membolehkan 21 fungsi ADAS berfungsi dengan baik.

Varian smart #3 BRABUS pula direka untuk penggemar kenderaan berprestasi tinggi, dengan masa pecutan 0-100km/j dalam 3.7 saat.

Prestasi ini disampaikan melalui rangkaian kuasa Dual-motor All-Wheel-Drive 315kW/543Nm, menawarkan pengendalian yang luar biasa, daya tarikan, dan jarak WLTP sejauh 415 kilometer.

smart #3 menampilkan 12 kombinasi warna luaran yang mengagumkan, menawarkan pelbagai pilihan untuk padanan personaliti dan gaya mengikut citarasa pembeli.

Pada majlis sama ,smart Malaysia turut melancarkan program smartCO, yang direka untuk mencipta komuniti dalam kalangan penggemar automotif dan mengubah hobi mereka menjadi usahawan yang berjaya.

Program itu menawarkan banyak peluang perniagaan bagi pemilik smart dan keistimewaan eksklusif daripada perniagaan yang dipromosikan oleh pemilik smart.


 
Tak cantik lah smart generasi ke4 ni dah kelihatan tak seperti smart Car lagi.
 
pastu kalau orang langgar sikit kemek fender

seminggu lepas tu battery problem. bawak gi SC, SC tak bagi claim warranty sbb pernah kena langgar walaupun minor accident
nak claim insurance untuk bateri, insurance taknak cover sbb ada accident
kena la keluarkan duit sendiri beli bateri baru
 
harga mampus milik

benua sini mcm xde hotak - price tag

harga mahal satu hal
cuba bro baca clause warranty battery tu, dan clause insurance utk battery. boleh mati bro. ( bro yang mati dengan bateri bateri tu sekali)
 
Back
Top
Log in Register